MH370: "Saya Anak Bertuah" - Sofuan

Diterbitkan: Jumaat, 7 Ogos 2015 10:49 AM

'Posting' terbaharu di akaun Instagram Farah pada Khamis.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kakak salah seorang penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 mendedahkan catatan adik lelakinya, Mohamad Sofuan Ibrahim ketika seluruh dunia dikejutkan dengan pengumuman mengenai serpihan yang ditemui di Pulau Reunion sah milik pesawat yang hilang itu.

Menggunakan hashtag #writtenbysofuan (ditulis oleh sofuan) dan #prayforsofuan (doa buat sofuan), Farah Ibrahim berkongsi tulisan dan memuat naik gambar adiknya yang berusia 33 tahun itu di akaun instagramnya pada petang Khamis.

Menerusi catatan itu, Sofuan menganggap dirinya bertuah kerana mempunyai ibu bapa yang mendidik dan memupuk minat membaca.

"Sejak kecil lagi, ibu bapa menggalakkan saya supaya banyak membaca, malah mereka selalu beli buku cerita untuk saya baca dan saya tidak akan membazir masa.

"Kedua-dua ibu bapa saya pernah berkhidmat dalam bidang pendidikan. Ia bukan mengenai apa yang ibu bapa anda lakukan untuk menyara kehidupan tetapi bagaimana mereka melihat masa depan," kata Sofuan seperti yang dipetik di akaun instagram kakaknya pada Khamis.

Mohamad Sofuan antara 239 penumpang yang menaiki pesawat MH370.

Mohamad Sofuan merupakan antara 239 penumpang dan anak kapal menaiki pesawat MH370 yang hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Menurut Sofuan lagi, bukan sahaja mendidiknya mengenai kepentingan membaca, malahan mereka turut menyediakan bahan-bahan bacaan.

"Ingatlah bahawa pengetahuan adalah faktor penting untuk berjaya di alaf baharu ini dan sumber maklumat kebanyakannya dalam bahasa Inggeris.

"Jadi, lebih baik sekiranya mengambil langkah ke hadapan dengan menjadikan membaca sebagai tabiat daripada menunggu dan melihat orang lain lebih maju dan menjadikan kita ketinggalan dan tidak berdaya saing," jelas Sofuan lagi.

Difahamkan, Farah sentiasa menjadikan akaun instagramnya sebagai salah satu ruang untuk meluahkan perasaan kasih dan ingatan terhadap adik lelakinya yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik.

Mohamad Sofuan bergambar dengan ibunya sebelum berlepas ke Beijing.

Kali terakhir 'posting' Farah mengenai adiknya di laman sosial itu adalah minggu lalu pada hari yang sama dilaporkan serpihan daripada sayap pesawat ditemui di Pulau Reunion di Lautan Hindi.

"Kehilanganmu (Mohamad Sofuan) adalah penderitaan yang tidak pernah hilang. Ia menyakitkan dalam pelbagai cara. Sekali lagi, perasaan pada awal Mac 2014 muncul semula," jelas Farah pada minggu lalu.

Ketika kejadian pada 8 Mac 2014, Mohamad Sofuan yang merupakan pegawai di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri berangkat ke Beijing bagi melaporkan diri untuk memulakan tugas di sana.

Misteri kehilangan pesawat MH370 akhirnya terjawab apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada awal pagi Khamis mengumumkan bahawa serpihan bangkai pesawat yang ditemui di Pulau Reunion, Lautan Hindi pada 29 Julai lalu disahkan milik pesawat berkenaan.

Menerusi pengumuman yang dibuat sejak kehilangan pesawat itu selama 515 hari, Najib berkata, kerajaan Malaysia bertekad untuk memastikan apakah punca sebenar kejadian.

Tags / Kata Kunci: MH370 , MAS , Mohamad Sofuan Ibrahim

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan