Pertukaran Dua Pengarah SPRM: "Terkejut Tapi Akur" - Rohaizad

Diterbitkan: Jumaat, 7 Ogos 2015 9:26 PM

Rohaizad (kiri) ketika menyambut kehadiran pembangkang di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya lewat Khamis, 6 Ogos 2015.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: "Terkejut...tapi saya akur dengan perintah ini." Itulah reaksi spontan Pengarah Komunikasi Strategik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Rohaizad Yaakob apabila ditanya mengenai  pertukaran beliau ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang berkuatkuasa serta merta.

Pegawai berusia 54 tahun ini berkata, beliau menerima perintah pertukarannya itu dengan terbuka. 

"Ini kerana saya anggap saya telah pun menjalankan tanggungjawab saya sebagai pegawai perkhidmatan awam sebaik mungkin.

"Dan sebagai penjawat awam yang setia kepada kerajaan, saya patuh arahan pengurusan tertinggi," katanya ketika dihubungi mStar Online, Jumaat.

Difahamkan, Rohaizad menerima surat pertukarannya yang ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zabidi Mohamad Zainal.

Surat itu disampaikan melalui Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mustafar Ali, petang Jumaat.

Sementara itu satu sumber lain memberitahu mStar Online bahawa surat itu menyebut, Rohaizad diarah bertukar ke Bahagian Pentadbiran JPM kerana bertindak di luar batasan sebagai seorang penjawat awam.

"Kunjungan wakil pembangkang yang memberi sokongan kepada SPRM serta video Rohaizad bersalaman dengan kumpulan berkenaan yang tersebar menjadi punca beliau ditukarkan ke JPM," kata sumber itu lagi.

Selain Rohaizad, turut ditukarkan ke JPM dalah Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin yang beberapa hari lalu disiasat oleh pasukan khas Polis Diraja Malaysia Bukit Aman.

Mengenai Bahri, tambah sumber berkenaan, beberapa kenyataannya kepada media kebelakangan ini menjadi sebab pegawai Jusa B itu dikenakan tindakan pertukaran serta merta.

Kenyataan Bahri yang terakhir ialah beliau berazam dan nekad akan mencari siapakah yang menjadi 'tangan yang tersembunyi' yang mengarahkan pegawai-pegawai SPRM disiasat kerana membocorkan maklumat hasil siasatan ke atas 1MDB dan isu yang berkaitan dengannya.

Kata sumber itu lagi, kedua-dua pegawai kanan SPRM itu akan melapor diri di pejabat baru mereka Isnin depan.










Tags / Kata Kunci: SPRM , JPM

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan