Sothinathan Ramal Palanivel Menang Presiden MIC

Diterbitkan: Jumaat, 7 Ogos 2015 2:36 PM

G.Palanivel.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kem Datuk Seri G.Palanivel yakin bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu akan memenangi jawatan presiden MIC kerana kem lawan 'tidak sah'.

Datuk S. Sothinathan yang mendakwa masih memegang jawatan setiausaha agung parti itu berkata Datuk Seri Dr  S.Subramaniam dan anggota kemnya digantung dan tidak boleh bertanding untuk pencalonan parti atau pemilihan yang akan datang.

Sothinathan berkata tempoh penggantungan Dr Subramaniam dan 22 ahli yang lain masih belum berakhir.

"Sesetengah mereka digantung pada Februari, beberapa lagi pada Mei manakala majoriti pada Jun, jadi mereka tiada kuasa atau kedudukan untuk terlibat dalam pemilihan atau pencalonan.

"Sebarang cubaan oleh mereka untuk terlibat adalah haram," katanya di Pusat Konvesyen HHG di Sentul.

Beliau berkata sekiranya Palanivel dicabar semasa pencalonan, pemilihan parti akan diadakan pada 16 Ogos ini.

Bercakap mengenai prosedur pemilihan, Sothinathan berkata untuk memenuhi syarat sebagai Presiden, beliau memerlukan 50 pencalonan.

"Setiap borang pencalonan perlu ditandatangani oleh enam individu, sama ada pengerusi cawangan atau Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).

"Sekurang-kurangnya sokongan seramai 300 ahli cawangan diperlukan oleh individu bertanding jawatan presiden," katanya.

Jelas beliau, ketidakhadiran Palanivel dalam Kabinet tidak menentukan atau mempengaruhi jawatan presiden.

Tags / Kata Kunci: S. Sothinathan , G.Palanivel , MIC

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan