Pakatan Pembangkang Baru Akan Dibentuk Tidak Lama Lagi - Kit Siang

Diterbitkan: Jumaat, 7 Ogos 2015 1:36 PM

Lim Kit Siang.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Lim Kit Siang mengisytiharkan sebuah pakatan pembangkang yang baharu untuk Malaysia akan dibentuk apabila kemunculan parti politik Gerakan Harapan Baru (GHB) dalam beberapa minggu lagi.

Beliau berkata negara memerlukan sebuah parti politik Islam baharu yang dapat menyatukan semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang mereka.

"Ini akan menjadi satu lagi peristiwa penting dalam sejarah politik Malaysia untuk pembentukan sebuah parti Islam yang inklusif dan berfikiran terbuka.

"Ia akan menandakan pembentukan semula kuasa politik di negara ini dan munculnya sebuah parti politik baharu untuk menggantikan Pakatan Rakyat - sama ada Pakatan Rakyat baharu, Pakatan Rakyat 2.0 atau nama lain yang akan diputuskan," katanya ketika berucap pada perhimpunan Gerakan Harapan Baru di Pontian, Johor pada Khamis.

Penasihat kebangsaan DAP itu berkata walaupun Pakatan Rakyat sudah berkubur, harapan dan aspirasi rakyat Malaysia terhadap perubahan politik tidak berubah.

Katanya, aspirasi untuk perubahan dibawa ke dalam kehidupan dengan sokongan orang ramai terhadap GHB.

Menurut Kit Siang, beliau dimaklumkan oleh pengerusi jawatankuasa GHB, Mohamad Sabu bahawa sebuah parti politik baharu akan muncul dalam beberapa minggu lagi.

GHB ditubukan kumpulan progresif PAS yang tersingkir pada pemilihan parti itu pada Jun lalu.

Kit Siang berkata rakyat Malaysia harus berfikir cara bagaimana untuk menyelamatkan Malaysia daripada menjadi negara yang gagal walaupun sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

"Sebab itu walaupun terdapat perbezaan politik kita, saya bersedia bekerja dengan Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin," katanya.

Tags / Kata Kunci: PAS , Mohamad Sabu , PAS , GHB

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan