Johor Minta Tambah Kakitangan Di Tambak Johor, Linkedua

Diterbitkan: Jumaat, 7 Ogos 2015 4:20 PM

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (tengah) diiringi Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan Johor Datuk Tee Siew Kiong (dua kiri) merasmikan Majlis Malaysian Association of Tour & Travel Agents (MATTA) Fair di Expo Danga City Mall di Johor Baru pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Kerajaan Pusat diminta mempertimbangkan langkah menambah bilangan kakitangan agensi penguat kuasa di kedua-dua pintu masuk utama negara iaitu Tambak Johor dan Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), di sini.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, usaha itu perlu bagi mengurangkan kesesakan pada waktu puncak di pintu masuk, selain menggalakkan lebih ramai warga Singapura berkunjung ke Malaysia.

"Kita mendapat aduan menyatakan pada waktu puncak ada lorong-lorong di pintu masuk tersebut ditutup.

"Oleh itu, Kerajaan Pusat perlu mengambil perhatian dengan menambah tenaga kerja yang mencukupi bagi Jabatan Imigresen dan Kastam di pintu masuk tersebut, selain membuka lorong pada setiap masa.

"Malah, saya percaya, berasaskan kepada pengalaman, kita tahu bila waktu puncak dan bila waktu yang banyak kenderaan (di kedua-dua pintu masuk). Jadi, itu semua adalah panduan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta)  Johor di sini Jumaat.

Tahun lalu, sejumlah 6.4 juta pelancong bermalam di Johor berbanding 5.7 juta pada 2013.

Daripada jumlah itu, empat juta orang merupakan pelancong domestik, kata Mohamed Khaled.

Tags / Kata Kunci: Tambak Johor , Linkedua

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan