Umno Perlis Bebas Jemput Sesiapa Sahaja Rasmi Mesyuarat - Berita Semasa | mStar

Umno Perlis Bebas Jemput Sesiapa Sahaja Rasmi Mesyuarat

Diterbitkan: Jumaat, 7 Ogos 2015 9:44 AM

Shahidan Kassim.

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Umno bahagian di Perlis diberi kebebasan untuk menjemput sesiapa sahaja bagi merasmikan mesyuarat bahagian masing-masing, kata Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

"Umno Perlis bersikap terbuka dalam soal ini kerana semuanya dalam satu keluarga," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada pemberita selepas menyerahkan mesin gergaji kepada Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Perlis dan mesin pemotong rumput kepada Pusat Koreksional Perlis di sini, Khamis.

Beliau berkata kesemua tiga bahagian iaitu Kangar, Arau dan Padang Besar tidak akan dilarang daripada menjemput mana-mana tokoh dalam Umno.

Shahidan berkata ahli Umno perlu mengambil sikap sederhana dan mengawal emosi mereka kerana terdapat pihak luar yang berusaha mempengaruhi mereka berikutan situasi politik masa kini. 




Tags / Kata Kunci: Umno Perlis , Shahidan Kassim

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan