LIAM Bayar Tuntutan RM16.9 Juta Kepada Waris MH370

Diterbitkan: Jumaat, 7 Ogos 2015 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setakat Disember 2014, syarikat anggota Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) telah melunaskan bayaran tuntutan lebih RM16.9 juta kepada waris penumpang dan anak kapal Penerbangan MH370 Malaysia Airlines.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, LIAM berkata syarikat insurans hayat di Malaysia telah menjelaskan semua bayaran tuntutan terbabit.

Presiden LIAM, Toi See Jong berkata susulan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Mac tahun lalu, syarikat insurans hayat menyifatkan insiden sebagai kejadian luar biasa dan mengecualikan bukti dokumen kematian yang lazim diperlukan untuk memproses tuntutan.

"Sebanyak 185 polisi dikeluarkan oleh 14 syarikat insurans hayat di Malaysia termasuk AIA Bhd, Allianz Life Insurance Malaysia Bhd, AmLife Insurance Bhd dan AXA AFFIN Life Insurance Bhd," kata Toi.

Mengulas kenyataan Najib bahawa serpihan yang ditemui di Pulau Reunion disahkan daripada penerbangan malang itu, LIAM mengucapkan takziah kepada anggota keluarga penumpang serta anak kapal MH370.

"LIAM memuji usaha kerajaan serta 26 negara lain yang terlibat dalam operasi pencarian terbesar dalam sejarah penerbangan," katanya.


Tags / Kata Kunci: LIAM , bayaran tuntutan , MH370

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan