Banjir Diramal Berlaku Tahun Ini - KP MetMalaysia

Diterbitkan: Jumaat, 7 Ogos 2015 3:08 PM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Banjir diramal tetap berlaku di beberapa negeri termasuk di pantai timur pada akhir tahun ini tetapi tidak seburuk yang berlaku pada tahun lalu, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Datuk Che Gayah Ismail.

Katanya, jabatannya akan terus memantau dan akan melaporkan data ramalan terkini kepada orang ramai agar penduduk terutama di persisiran pantai dapat bersedia menghadapi keadaan yang berlaku nanti.

"MetMalaysia akan mula memberi taklimat kepada pihak berkuasa negeri-negeri tentang perkembangan semasa cuaca, mulai Oktober supaya semua pihak mampu bersedia menghadapi ancaman bencana alam itu," katanya kepada pemberita sempena Program Pengurusan Bencana Peringkat Komuniti Daerah Besut di sini, Jumaat.

Dalam perkembangan berasingan, Che Gayah berkata fenomena El-Nino yang dikesan berada di kawasan timur laut Pasifik buat masa ini berada dalam keadaan lemah yang tidak akan memungkinkan cuaca monsun timur laut ekstrim berlaku di negara ini.

Katanya, seperti pada tahun lalu, walaupun ramalan menunjukkan fenomena El-Nino kuat dijangka melanda negara tetapi sebaliknya ia tidak terjadi.

"Justeru keadaan ini tidak akan memungkinkan banjir peringkat ekstrim daripada terjadi seperti yang terjadi pada tahun lalu," katanya.

Tags / Kata Kunci: Banjir , MetMalaysia

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan