Pertukaran Dua Pengarah SPRM: "Ambil Saya Sebagai Ganti" - Shukri Abdull

Diterbitkan: Jumaat, 7 Ogos 2015 9:41 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Arahan pertukaran dua pegawai kanan SPRM berkuatkuasa serta merta ternyata menimbulkan kemarahan di kalangan pengurusan tertinggi badan bebas itu.

Beberapa jam selepas surat rasmi pertukaran Pengarah Komunikasi Strategik, Datuk Rohaizad Yaakob dan Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) diterima, Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Shukri Abdull tampil bersuara. "Hantar balik pegawai saya segera, ambik saya sebagai ganti," katanya ketika dihubungi Jumaat.

Beliau yang bercuti dan masih berada di luar negara turut menegaskan, semua pegawainya bertindak atas arahannya.

SPRM pada Jumaat dikejutkan dengan pertukaran dua pegawai kanannya secara serta merta ke Jabatan Perdana Menteri.

Antara mereka yang ditukarkan itu ialah Bahri - salah seorang daripada kakitangan yang disiasat polis dari Bukit Aman berhubung syarikat kerajaan, 1MDB.

Tags / Kata Kunci: SPRM , JPM

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan