Ahmad Zahid Akan Pantau Prestasi Enam Menteri Penuh Dari Perak

Diterbitkan: Khamis, 6 Ogos 2015 12:20 AM

Ahmad Zahid Hamidi

(Ubah saiz teks)

IPOH: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan memantau prestasi enam menteri penuh yang berasal dari Perak dan komitmen mereka untuk membangunkan negeri ini semasa mereka memegang jawatan berkenaan.

Beliau berkata, adalah tidak munasabah jika mereka yang dilantik menganggotai pentadbiran di peringkat nasional gagal membawa pembangunan ke negeri ini untuk menjadikan Perak antara negeri termaju di Malaysia.

"Jangan pernah ambil kesempatan untuk diri sendiri tetapi ambillah mana yang sempat untuk membawa pembangunan ke Perak," katanya ketika berucap pada Majlis Bersama Timbalan Perdana Menteri di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di sini Rabu malam.

Meskipun baharu dilantik ke jawatan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid berkata beliau akan tetap memantau sejauh mana Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainudin, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II Datuk Seri Ong Ka Chuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mah Siew Keong, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah serta Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mampu berbuat demikian.

"Saya tidak ada kuasa tapi saya perhatikan kalau ada maklum balas daripada tuan-tuan dan puan-puan, kalau ada yang tidak membawa pembangunan bagi tahu saya," kata beliau.

"Saya dah berjanji kepada diri saya dan Sultan Perak bahawa titah Tuanku untuk melihat anak Perak di peringkat nasional mesti bantu negeri asal dari segi pembangunan menjadi realiti," katanya.

Beliau juga berkata walau setinggi manapun kedudukan seseorang itu, kepentingan mencari ilmu tidak harus dipinggirkan terutama dalam kalangan pemimpin agar sentiasa berada di garisan hadapan dan tidak mudah dipermainkan atau ditipu, terutama di dalam media sosial.

Ahmad Zahid juga berkata tabiat suka menyalahkan orang lain juga perlu dihentikan dan setiap orang sepatutnya mengambil pendekatan membetulkan diri sendiri terlebih dahulu.

"Apa yang patut ada pada kita bukan sahaja istiqamah tapi juga tawaduk," katanya sambil menambah apa sahaja yang berlaku pasti ada sebabnya.-- Bernama

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan