WSJ: PM Arah Dapatkan Nasihat Pakar Perundangan AS

Diterbitkan: Khamis, 6 Ogos 2015 6:48 PM

Hafarizam memaklumkan kepada pemberita mengenai arahan untuk mendapatkan pandangan pihak kedua berhubung tindakan undang-undang terhadap WSJ.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri akan mendapatkan pandangan pihak kedua berhubung tindakan  undang-undang terhadap The Wall Street Journal (WSJ) berkaitan artikel 1Malaysia Development Bhd.

Peguam Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, ia susulan kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) paga Isnin bahawa RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib adalah hasil sumbangan penderma, bukan 1MDB.

"Penerbit (WSJ) mengelak daripada mengakui bahawa artikel mereka menuduh wang berkenaan datangnya daripada 1MDB," kata Hafarizam kepada pemberita ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada Khamis.

Hafarizam berkata, beliau menemui Najib dan mendapat arahan untuk mendapatkan nasihat berhubung tindakan undang-undang yang boleh diambil, termasuk mengambil kira untuk mendapatkan nasihat peguam di Amerika Syarikat (AS) kerana isu berkenaan berkait dengan perundangan antarabangsa.

Tanpa menetapkan tempoh masa untuk berbuat demikian, Hafarizam berkata, beliau diarah melaksanakannya dengan kadar segera.

WSJ menyiarkan artikel memetik penyiasat yang tidak dinamakan mendakwa hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) dana 1MDB dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri.

Pejabat Perdana Menteri yang memberi maklum balas berhubung perkara itu berkata, artikel berkenaan adalah sabotaj politik, manakala 1MDB pula menegaskan tiada dana yang dipindahkan ke akaun Najib.

Firma Hafarizam telah mengirim surat untuk mendapatkan penjelasan WSJ berhubung artikel yang disiarkan pada 2 Julai dan 23 Julai, bagaimanapun penerbit akhbar berpangkalan di AS, Dow Jones & Company mempertahankannya dengan memaklumkan intipati artikel itu sudah menjelaskan segalanya.

Hafarizam bagaimanapun enggan mengesahkan bentuk tindakan undang-undang yang sedang dipertimbangkan.

"Kami belum memutuskan untuk memfailkan sama, bagaimanapun masih terbuka untuk sebarang tindakan susulan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Hafarizam Harun , 1MDB , WSJ

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan