PKR Setuju Cadangan Parti Politik Dedah Sumber Dana

Diterbitkan: Khamis, 6 Ogos 2015 12:01 AM

Azmin Ali

Azmin Ali

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersetuju dengan cadangan supaya satu peraturan yang jelas diwujudkan bagi mengkehendaki semua parti politik mendedahkan sumber dana yang diterima mereka.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, proses mewujudkan peraturan itu harus dibincang di peringkat Dewan Rakyat.

"Kita sedia untuk ada satu peruntukan yang jelas untuk maksud tersebut (dedahkan sumber dana politik) dan ia perlu dibincang di Dewan Rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan Aidilfiri anjuran bersama Pemerbadanan Menteri Besar dan Darul Ehsan Investment Group di sini, Rabu.

Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan akan mencadangkan semula usaha mewujudkan peraturan yang mengkehendaki parti politik mendedahkan senarai sumber dana politik yang diterima bagi membiayai pergerakan mereka.

Najib berkata, cadangan itu bagi membolehkan parti politik bersikap lebih telus dan jujur dalam pengurusan dana serta sumber yang diperolehi, walaupun sebelum ini ditolak oleh pembangkang khususnya DAP.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor mengulangi kenyataan dibuat sebelum ini bahawa PKR bersedia mendedahkan maklumat dana politik sekiranya perlu.

Katanya, parti itu bersedia sejak awal lagi dan tiada masalah berbuat demikian kerana ia seiring dengan dasar parti. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: PKR , dana , Azmin Ali

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan