MH370: Bukti Pada Flaperon Sepadan Dengan Rekod MAS - Liow

Diterbitkan: Khamis, 6 Ogos 2015 4:36 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Malaysia yakin flaperon yang ditemui di Pulau Reunion merupakan milik penerbangan MH370 kerana ia didapati sepadan dengan rekod yang ada pada Malaysia Airlines Berhad (MAS).

"Kesimpulan ini dibuat berdasarkan maklumat teknikal yang dipadankan dengan rekod MAS," kata menteri penangkutan itu.

Menurutnya, rumusan itu dibuat menerusi persetujuan bersama oleh tiga pihak iaitu pasukan penyiasat Malaysia, wakil Jabatan Penerbangan Awam dan (MAS) yang kini berada di Perancis.

Beliau berkata, mereka juga telah mengenalpasti warna yang ada pada flaperon itu.

Liow memberitahu, kerajaan juga menghormati keputusan Perancis untuk melakukan siasatan lebih terperinci.

Jelasnya, Pulau Reunion merupakan kawasan jajahan Perancis dan mereka berhak meneruskan siasatan.

Bagi serpihan lain, menurut Liow, usaha mengenalpasti sedang dilakukan.

Berikutan itu, Malaysia akan menyerahkan kepada pakar untuk menentukan soal keperluan mengubah kawasan pencarian di Lautan Hindi.

Beliau berkata, keputusan mengenai kawasan pencarian akan diputuskan menerusi pertemuan antara tiga pihak iaitu Australia, China dan Malaysia.

Tags / Kata Kunci: MH370 , MAS , Flaperon

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan