MH370 Jadi Tajuk Utama Portal Berita Terkemuka

Diterbitkan: Khamis, 6 Ogos 2015 8:40 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa flaperon yang ditemui di Pulau Reunion merupakan milik pesawat yang hilang, MH370 turut menjadi laporan utama portal berita terkemuka dunia.

Hal ini kerana, pengesahan itu menjadi berita yang ditunggu-tunggu oleh pakar dan mereka yang terlibat dalam penerbangan selain penduduk di serata dunia selepas pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS) itu hilang secara misteri pada 8 Mac lalu.

Misteri yang sukar dijangka oleh pakar penerbangan di seluruh dunia itu akhirnya terungkai selepas flaperon berkenaan ditemui di Pulau Reunian - sebuah pulau di Lautan Hindi.

Antara portal yang menjadikan pengumuman itu sebagai berita utama ialah CNN, BBC, Daily Mail.uk, Telegraph.uk, Washington Post (Ameriksa Syarikat),  Foxnews, dan The Wall Street Journal.

Selain itu, ia turut menjadi tajuk utama bagi portal dan akhbar di China seperti Baidu, Xinhunet dan Sina.

Penerbangan MH370 hilang dari radar pada 8 Mac tahun lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu kemudian disahkan mengakhiri perjalanan di Lautan Hindi sebelum pencarian sejak setahun lalu itu dimulakan tanpa sebarang penemuan.

Bagaimanapun pada 5 Ogos iaitu semalam, Malaysia mengesahkan bahawa serpihan pesawat Boeing 777 yang ditemui di Pulau Reunion merupakan milik MH370.




Tags / Kata Kunci: MH370 , China , Flaperon

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan