MH370: Keluarga Sukar Terima Bukti

Diterbitkan: Khamis, 6 Ogos 2015 4:19 PM

(Ubah saiz teks)

JITRA: Bapa kepada seorang daripada penumpang Penerbangan MH370, Jee Jing Han, 42, masih tidak dapat menerima keputusan penemuan serpihan pesawat itu di Pulau Reunion, selagi mayat salah seorang mangsa daripada 239 penumpang pesawat terbabit tidak ditemui.

Jee Teik Min, 76, yang ditemui pemberita di kediamannya di sini berkata, bukti fizikal serpihan sayap yang ditemui masih belum mencukupi untuk mengesahkan pesawat terbabit telah terhempas.

"Sudah setahun lebih kami sekeluarga menunggu, kalau jumpa satu mayat daripada 239 penumpang itu baru saya mahu mengaku (percaya)," katanya kepada media di sini, Khamis.

Penerbangan Malaysia Airlines MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac 2014.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun dalam sidang media khas awal hari ini berkata pakar-pakar pelbagai negara di Toulouse, Perancis telah mengesahkan serpihan pesawat itu dikenali sebagai "flaperon" yang dijumpai di Pulau Reunion itu disahkan berasal daripada MH370.

Jee berkata, kehilangan anaknya itu merupakan bebanan amat besar yang sukar ditanggung mereka sekeluarga memandangkan Jing Han merupakan tulang belakang yang menyara mereka sekeluarga.

Jing Han, seorang duda yang mempunyai dua anak berusia 12 dan 14 tahun itu  bekerja sebagai pengaturcara komputer dan memiliki syarikat sendiri di Seremban.

"Mana boleh lupa, hari-hari ingat, dia banyak sokong ekonomi keluarga ini," katanya dan menambah beliau dan isterinya, Tan Giat Hua, 69, sentiasa mengingati anak mereka itu setiap hari.

Sementara itu, ibu saudara kepada Jing Han, Fong Ah Yuk, 60, berkata beliau sedih melihat keadaan keluarga berkenaan yang setiap hari menanti dan berharap agar ada keputusan positif daripada kerajaan.

Beliau pada masa yang sama berharap kerajaan meneruskan usaha pencarian sehingga menemukan bahagian utama pesawat tersebut, sekali gus merungkai persoalan berkaitan tragedi pesawat terbabit.

Tags / Kata Kunci: MH370 , MAS

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan