Tiga Pegawai SPRM Beri Keterangan Mengenai Kebocoran Maklumat Siasatan 1MDB

Diterbitkan: Rabu, 5 Ogos 2015 9:10 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya berkaitan isu kebocoran maklumat siasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Mereka termasuk Timbalan Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Tan Kang Sai dan dua lagi pegawai yang dipanggil semula untuk memberi keterangan, kata jurucakap SPRM di sini Rabu.

Tan merupakan pegawai SPRM yang ketujuh yang telah memberi keterangan berkenaan kes berkenaan kepada polis Bukit Aman.

Seorang pegawai SPRM pada Isnin lepas membuat laporan polis di IPD Putrajaya bagi menafikan dakwaan pihaknya membocorkan draf kertas pertuduhan serta menafikan berlaku kebocoran maklumat atau siasatan SPRM kepada pihak luar.

Sementara itu, sepasukan polis dilihat memasuki pejabat Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM di Menara Prisma, Presinct 3 Putrajaya di sini kira-kira pukul 7 malam dan beredar sejam kemudian dengan menaiki dua kenderaan polis.

Tags / Kata Kunci: SPRM , 1MDB

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan