Perasaan Umno Semporna Difahami - Abdul Rahman Dahlan

Diterbitkan: Rabu, 5 Ogos 2015 8:36 PM

Abdul Rahman Dahlan

Abdul Rahman Dahlan

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perasaan anggota Umno Semporna, Sabah yang membatalkan jemputan kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk merasmikan mesyuarat bahagian itu adalah difahami, kata Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Anggota Majlis Tertinggi Umno itu berkata, Umno Sabah telah melalui banyak pergolakan namun mereka semakin kuat setiap tahun.

Justeru, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu yakin kesetiaan anggota Umno Semporna akan kembali kepada parti dan institusi presiden.

"Kesetiaan anggota Umno di Sabah adalah kepada parti dan bukan kepada individu. Saya sebagai anggota Majlis Tertinggi (Umno) tidak mahu orang setia kepada saya, tetapi setia kepada parti.

"Jadi apapun yang bergolak di Semporna itu kita faham tentang perasaan mereka pada waktu ini...tetapi masih lagi terkawal," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri kementerian, di sini, Rabu.

Anggota bahagian Semporna itu mendesak pembatalan tersebut setelah ketuanya yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal digugurkan dalam rombakan kabinet.

Mohd Shafie adalah juga naib presiden Umno.

Mengulas mengenai kenyataannya ketika menjadi tetamu program Lanskap Khas RTM pada Selasa bahawa beliau sendiri (Abdul Rahman) akan menjatuhkan Najib jika terbukti bersalah, beliau berkata ia akan dilakukan atas dasar prinsip.

"Kita tak mahu seorang presiden yang merompak duit rakyat, jika terbukti sudah pasti tak boleh jadi presiden.

"Tetapi yang kita pertahankan di sini, bila ada tohmahan dan fitnah maka kita harus pastikan satu siasatan terperinci dibuat. Itu yang saya mahu," jelasnya. -- Bernama 


Tags / Kata Kunci: Abdul Rahman Dahlan , Umno Semporna

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan