100,000 Pencinta Flora Bakal Meriahkan Pameran Orkid, Bonsai 2015

Diterbitkan: Rabu, 5 Ogos 2015 6:07 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 100,000 pencinta flora dijangka membanjiri Pameran Orkid dan Bonsai 2015 (KLOBS 2015) di Taman Botani Perdana bermula Jumaat ini hingga 16 Ogos, di sini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata, sasaran itu sesuai dengan penambahan program menarik termasuk pameran lebih 400 jenis pokok orkid dan bonsai yang akan membuatkan pengunjung berasa teruja.

"Sebanyak lima spesis baru orkid akan diperkenalkan antaranya spesis terkenal di Malaysia, 'Papophyllum spp.' dan spesis orkid terkenal di Jepun, 'Oncodium aloha Iwanaga'," katanya kepada pemberita dalam sidang media mengenai KLOBS 2015, Rabu.

Katanya, selain daripada bonsai dan orkid, sebanyak 19 spesis pokok baharu bakal dipamerkan berbanding KLOBS 2014 yang hanya mempamerkan sebanyak 12 spesis pokok sahaja.

Antara spesis baru tersebut termasuklah 'Bougainvilla spp.', 'Carmona spp.', dan 'Ulmus parrifolia'.

Mhd Amin berkata KLOBS 2015 juga akan menganjurkan pertandingan bonsai dan orkid tercantik.

Pameran itu akan disertai 20 negara antaranya Singapura, Brunei, Indonesia, Australia, Kanada, Itali, China dan Malaysia.

Dalam pada itu, ia juga bakal dimeriahkan dengan aktiviti lain seperti pertandingan grafiti, pertandingan melukis dan mewarna, fotografi, demonstrasi masakan dan pertunjukan fesyen.

Pameran yang dibuka secara percuma kepada orang awam itu akan berlangsung dari Isnin hingga Jumaat mulai pukul 9.30 pagi hingga 7 malam dan 9.30 pagi hingga 10 malam pada Sabtu dan Ahad.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: orkid , bonsai , Taman Botani Perdana

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan