SPRM Adakan Solat Hajat

Diterbitkan: Selasa, 4 Ogos 2015 4:34 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengadakan solat hajat untuk manfaat kakitangannya di ibu pejabat suruhanjaya itu di sini pada Selasa.

"Cara yang terbaik adalah meminta pertolongan Allah untuk memberikan yang terbaik kepada kita.

"Hari ini kami melakukannya bersama-sama di pejabat kami, jadi ia akan memberikan kepuasan dengan bergantung kepada Allah dan petunjuk-Nya," kata bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Zakaria Jaffar.

Apabila ditanya sama ada solat hajat itu mempunyai apa-apa kaitan dengan tangkapan baru-baru ini, beliau tidak menjawab dan berlalu pergi.

Terdahulu, beliau berkata solat hajat itu diadakan untuk meminta petunjuk terbaik daripada Allah kepada kakitangan SPRM, keluarga mereka, komuniti mereka dan 'negara yang kita cintai'.

Zakaria berkata, rasuah berpunca daripada perbuatan menyalahi undang-undang dan berkata solat itu bagi merayu kepada Allah supaya Malaysia bebas daripada kegiatan itu.

Pada Isnin, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lebih banyak pegawai-pegawai SPRM menjadi antara mereka yang akan dipanggil untuk merakamkan kenyataan oleh polis.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari sama, suruhanjaya itu telah memberi jaminan bahawa tiada pegawainya yang terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob ketika dihubungi mStar Online berkata, pihaknya menyarankan kepada semua pejabat negeri suruhanjaya itu untuk mengadakan solat hajat untuk manfaat bersama.

"Saranan itu sudah disampaikan dan setiap pejabat SPRM boleh melakukannya mengikut kesesuaian masing-masing daripada segi masa dan jumlah keanggotaan yang ada pada satu-satu masa.

"Hari ini ibu pejabat SPRM mengadakan solat hajat serta beberapa negeri lain termasuk Melaka, manakala Johor sudah menunaikan solat sama pada Isnin," katanya.

Tags / Kata Kunci: solat hajat , SPRM

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan