Perintah Berkurung Di Esszone Dilanjutkan Sehingga 21 Ogos

Diterbitkan: Selasa, 4 Ogos 2015 11:05 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Fasa ke-24 perintah berkurung di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir esok, dilanjutkan bermula 6 hingga 21 Ogos, berkuat kuasa dari pukul 7 malam hingga 5 pagi.

Pelaksanaannya melibatkan jarak tiga batu nautika dari pantai perairan enam daerah merangkumi Sandakan, Kinabatangan, Semporna, Lahad Datu, Kunak, dan Tawau.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata keputusan melanjutkan perintah berkurung itu dijalankan selepas mengambil kira situasi keselamatan di kawasan berkenaan serta atas permintaan banyak pihak.

Beliau berkata keputusan itu dibuat berdasarkan pendedahan maklumat mengenai ancaman daripada 'Kidnapping For Ransom' (KFR) dan kumpulan Abu Sayyaf yang masih cuba menceroboh, sekaligus melakukan jenayah rentas sempadan termasuk menculik serta samun bersenjata.

"Ini bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan pengguna perairan pantai timur, pelancong serta rakyat Sabah di daratan Esszone," katanya dalam satu kenyataan di sini Selasa.

Beliau berkata lanjutan perintah berkurung itu juga bagi memudahkan anggota keselamatan melaksanakan penguatkuasaan, termasuk memantau segala pergerakan bot yang mencurigakan serta menyekat aktiviti penyeludupan manusia, dadah dan senjata api.

Menurut Jalaluddin, pengusaha chalet dan masyarakat yang menjalankan aktiviti perikanan di situ turut menyokong lanjutan perintah berkurung demi menjamin keselamatan perairan termasuk di pulau persempadanan.

Beliau berkata kuasa diberi kepada semua Ketua Polis Daerah di Esszone untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon bagi tujuan aktiviti perikanan atau bagi laluan yang mendesak.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan