1MDB: PAC Persoal 'Siapa' Arah Tangguh Prosiding

Diterbitkan: Selasa, 4 Ogos 2015 1:15 PM

Dr Tan Seng Giaw

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mempersoalkan pihak yang mengarahkan penangguhan prosiding siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Diketuai Timbalan Pengerusinya, Dr Tan Seng Giaw, beliau berkata, berdasarkan peraturan mesyuarat, sebarang penangguhan atau pembatalan mesyuarat jawatankuasa itu perlu diputuskan secara dalaman di kalangan anggotanya.

Tambah PAC, jawatankuasa itu tidak pernah bermesyuarat untuk menunda atau menangguhkan mesyuarat yang sepatutnya diadakan pada hari ini (Selasa) 4 Ogos.

"Kita mahu tahu siapa yang arahkan Setiausaha PAC (Datuk Rosmee Hamzah yang juga Setiausaha Dewan Rakyat) untuk membatalkan mesyuarat yang dijadualkan sebelum ini dalam mesyuarat PAC.

"Kalaulah arahan itu daripada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, kita hendak tahu kenapa? Kalaulah mahu membatalkan mesyuarat PAC, perlu adakan perbincangan dengan PAC terlebih dahulu," kata jawatankuasa itu pada sidang media di lobi bangunan sementara Parlimen di sini, Selasa.

Selain Dr Tan, sidang media PAC turut dihadiri tiga ahlinya iaitu Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, Ahli Parlimen Selayang, William Leong dan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar. 

Pada Isnin, Parlimen menangguhkan prosiding PAC terhadap kes 1MDB yang dijadualkan pada Selasa dan menurut notis yang dikeluarkan Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Rosmee Hamzah, mesyuarat PAC yang dijadualkan pada 4, 5, 6, 17 dan 18 Ogos serta 8 dan 10 September ditangguhkan.

Dr Tan berkata, walaupun prosiding ditangguhkan namun PAC masih terus berfungsi dan akan terus memaklumkan kepada umum mengenai perkembangan siasatan terhadap 1MDB.

"Ingin diperjelaskan bahawa PAC tidak digantung, PAC masih lagi berfungsi. Berdasarkan peraturan menyatakan bahawa PAC masih boleh meneruskan mesyuarat dengan korum yang terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga ahli termasuk pengerusi. Kita mahu meneruskannya kerana kita mahu ," katanya.

Jumaat lalu, Pandikar dilaporkan berkata, mesyuarat PAC ditangguhkan dan hanya akan diadakan semula selepas pelantikan pengerusinya yang baharu selaras dengan kehendak Peraturan Mesyuarat 77 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri pada minggu lalu yang turut melibatkan tiga lagi ahli jawatankuasa itu yang membarisi Kabinet yang baharu iaitu Datuk Wilfred Madius Tangau, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Tags / Kata Kunci: PAC , 1MDB , Parlimen , Dr Tan Seng Giaw

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan