1MDB: PAC Pertimbang Keluarkan Laporan Interim

Diterbitkan: Selasa, 4 Ogos 2015 12:52 PM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan mempertimbangkan untuk mengeluarkan laporan interim berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun prosiding siasatan ditangguhkan.

Timbalan Pengerusi PAC, Dr Tan Seng Giaw berkata, laporan itu bertujuan untuk memberi penjelasan kepada umum mengenai perkembangan siasatan yang dilakukan jawatankuasa itu setakat ini.

"Dengan tekanan orang awam, PAC mungkin terpaksa mengeluarkan laporan ringkas, bagi memberitahu orang ramai setakat mana siasatan telah dibuat sebelum prosiding ditangguhkan selama hampir tiga bulan.

"Bagaimanapun, kita akan mempertimbangkan terlebih dahulu dari segala aspek dan apakaha maklumat yang kita boleh beri dengan mengambil kira peruntukan undang-undang negara dan Parlimen. Kita mesti mendaulatkan undang-udang, sebab itu kita mempertimbangkan semasak-masaknya," katanya pada sidang media di lobi bangunan sementara Parlimen di sini, Selasa.

Pada Isnin, Parlimen menangguhkan prosiding PAC terhadap kes 1MDB yang dijadualkan pada Selasa dan menurut notis yang dikeluarkan Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Rosmee Hamzah, mesyuarat PAC yang dijadualkan pada 4, 5, 6, 17 dan 18 Ogos serta 8 dan 10 September ditangguhkan.

Dr Tan berkata, di sesetengah negara seperti United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS), penyiasatan sepenting 1MDB khasnya mesyuarat pendengaran disiarkan secara terbuka namun setakat ini Malaysia belum mempunyai amalan seumpama itu.

Beliau menambah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini memberitahu bahawa kerajaan mempunyai program untuk mengurangkan hutang 1MDB dalam tempoh enam bulan, dan katanya, ia perlu menunggu laporan akhir Ketua Audit Negara mengenai 1MDB.

"Memandangkan kerajaan sudah ada program, adalah wajar untuk PAC meneruskan penyiasatan 1MDB tanpa gangguan. Semua pihak patut membantu. Media sosial memaparkan pelbagai versia cerita 1MDB. 

"Rakyat ingin tahu hakikatnya. PAC mungkin terpaksa mengumumkan peringkat (setakat ini) penyiasatan terhadap 1MDB sebelum kerja diberhentikan," katanya. 

Tags / Kata Kunci: PAC , Dr Tan Seng Giaw

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan