Kerk Galakkan Pesakit Kanser Terus Kuat Jalani Kehidupan

Diterbitkan: Selasa, 4 Ogos 2015 9:23 PM

Pemimpin DAP menziarahi Kerk (tengah) di kediamannya pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Pemimpin DAP Melaka, Kerk Kim Hock yang menghidap semula penyakit kanser rektum, menggalakkan pesakit lain untuk terus kuat dalam menjalani kehidupan.

Saya akan berkongsi pengalaman saya dengan beberapa pesakit lain walaupun penyakit itu datang semula selepas laporan perubatan mengesahkan karsinoma kolorectal pada 16 Julai lalu," katanya.

Kerk berkata beliau menyedari penyakit itu jarang berlaku dan menggalakkan orang ramai untuk meneruskan kehidupan dengan penuh keyakinan.

"Mereka masih boleh menghubungi saya atau menghantar khidmat pesanan ringkas dan saya akan berada di sana untuk mereka," katanya semasa dikunjungi pemimpin parti termasuk penasihat DAP seumur hidup, Dr Chen Man Hin dan Lim Kit Siang di kediamannya di Taman Kenanga di Kampung Lapan pada Selasa.

Kerk, 59, disahkan menghidap semula kanser rektum selepas 13 tahun menjalani kehidupan yang normal.

Beliau pertama kali disahkan menghidap kanser pada 2002.

Lim berkata beliau yakin keadaan Kerk boleh bertambah baik selepas menjalani rawatan yang sewajarnya.

"Kanser tidak bermakna akan berlaku kematian dan ada pelbagai cara untuk merawat penyakit itu. Saya berharap agar Kerk terus bertahan," katanya.

Kerk, bapa kepada dua orang anak merupakan setiausaha politik Lim sebelum menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Daun pada 1986 hingga 1990.

Beliau juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Pinji (kini Ipoh Timur) dan Kota Melaka dari 1999 hingga 2004 sebelum bersara dari arena politik pada 2004.

Pada 1987, Kerk antara yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).


Tags / Kata Kunci: DAP Melaka , Kerk Kim Hock , kanser rektum

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan