YPM-MRSM Tawar 4,000 Calon SPM Ikuti Kelas Bimbingan Khas

Diterbitkan: Selasa, 4 Ogos 2015 4:05 PM

Karim bersama tenaga pengajar dan pelajar yang mengikuti kelas bimbingan khas di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Yayasan Pelajaran Mara (YPM) memperluaskan kelas bimbingan khas merangkumi 10 subjek kepada 4,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di 40 pusat di seluruh negara tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif YPM, Datuk Abdul Karim Mustafa  berkata, program kerjasama pihaknya dengan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan beberapa Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ini terbukti mampu membantu pelajar mencapai keputusan cemerlang dalam SPM.

"Rekod menunjukkan adanya peningkatan dari segi jumlah pelajar yang mendapat 'straight A' dalam SPM selepas mengikuti program ini dan ramai di antara mereka yang berjaya ke institusi pengajian tinggi.

"Ia dilihat sebagai program yang baik untuk membantu pelajar Tingkatan Lima mendapat keputusan cemerlang dalam SPM dan tentunya wajar diteruskan serta diperluaskan pada masa akan datang," katanya kepada mStar Online, Selasa.

Terdahulu beliau melawat Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya yang pertama kali mengambil bahagian dalam program berkenaan tahun ini. 

Subjek yang ditawarkan adalah Fizik, Prinsip Akaun, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Biologi, Ekonomi Asas, Kimia, Sains dan Bahasa Melayu.

Menurut Karim, program yang dimulakan pada 2013 itu telah menunjukkan keberkesanan apabila 165 daripada 1,932 pelajar yang mengikuti kelas berkonsep tuisyen di 33 pusat bimbingan mendapat keputusan semua A.

Pada 2014, program ini dikembangkan dengan pengambilan 2,700 pelajar melibatkan 27 pusat bimbingan di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 218 berjaya memperoleh keputusan semua A.

"Tahun ini kita telah menambah kepada 4,000 pelajar melibatkan 40 pusat bimbingan.

"Berdasarkan rekod pencapaian dua tahun sebelum ini, kita menjangkakan lebih ramai pelajar akan mendapat keputusan cemerlang," katanya.

Karim berkata, MRSM dan SBT memainkan peranan besar dalam menjayakan program ini apabila mereka bersedia menerima pelajar berpotensi dari sekolah sekitarnya ke tempat mereka.

Selain itu, MRSM dan SBT juga memainkan peranan penting dari segi tenaga pengajar dan mentor di mana guru-guru di sekolah yang mengambil bahagian memberi sumbangan dari segi pengajaran.

"Selain mengajar enam subjek utama aliran Sains, guru-guru dari sekolah berkenaan akan mendedahkan kepada pelajar tentang kemahiran menjawab soalan, meramal soalan serta menyuntik semangat supaya mereka lebih yakin untuk menduduki peperiksaan," katanya.

Mengenai pemilihan pelajar untuk program tersebut, beliau berkata, mereka terdiri daripada pelajar sekolah yang dilihat berpotensi untuk cemerlang menerusi rekod Jabatan Pendidikan Negeri.

"Sebagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR), kita juga tidak melupakan anak-anak golongan asnaf dan pelajar yang ibu bapa mereka kurang berkemampuan," katanya sambil menambah program itu dijalankan selama 12 minggu, termasuklah kem motivasi dan aktiviti solat hajat menjelang SPM.

Beliau berkata, keseluruhannya ia melibatkan dana sebanyak RM85,000 bagi setiap sekolah yang dijadikan pusat bimbingan.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan