Urusan Jual Beli Haiwan Dilindungi Semakin 'Liar' Dalam Talian

Diterbitkan: Selasa, 4 Ogos 2015 9:05 AM

William menunjukkan senarai spesis haiwan yang dilindungi di Sabah.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Haiwan yang dilindungi seperti harimau dahan dan beruang matahari ditawarkan untuk jualan melalui kumpulan persendirian di Facebook dan WhatsApp.

Pasaran dalam talian ini  memperdagangkan  pelbagai haiwan yang dilindungi termasuklah burung, kucing batu, kongkang, penyu, malah ikan lumba-lumba pun ada.

"Setakat ini, seorang telah didakwa di mahkamah kerana memperdagangkan harimau dahan yang dilindungi," kata Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah William Baya, Isnin.

(Pada 30 Julai, seorang rakyat Malaysia didakwa di mahkamah majistret kerana memiliki harimau dahan.)

Enggan mengulas lanjut mengenai kes itu yang kini masih belum selesai di mahkamah, beliau berkata, pelbagai burung dan reptilia turut ditawarkan oleh kumpulan dalam talian itu.

Malah sebuah kumpulan mendakwa mempunyai kira-kira 27,000 ahli.

"Ia pada mulanya merupakan sebuah kumpulan terbuka tetapi sekarang ia telah ditutup," katanya, sambil menambah mereka telah beroperasi selama lebih daripada enam bulan.

Jabatan itu, katanya, telah membuat pemantau terhadap ahli kumpulan itu.

Harimau dahan boleh dijual dengan kos RM6,000 ke RM8,000, manakala tenggiling, jika dijual dagingnya, menelan kos kira-kira RM80 hingga RM100 sekilo. Sisik tenggilin mencecah sehingga RM400 sekilo di pasaran haram hidupan liar.

"Kami percaya bahawa ia untuk pasaran tempatan. Ada yang membelinya sebagai haiwan kesayangan. Ia belum memasuki pasaran antarabangsa, " katanya.

Beliau menggesa mereka yang memiliki mana-mana spesies haiwan dilindungi agar menyerahkannya kepada jabatan serta-merta dan tiada tindakan akan diambil terhadap mereka.

Mereka yang gagal mendapatkan permit yang betul atau menyerahkan haiwan dilindungi itu berdepan sehingga lima tahun penjara, denda RM50,000 atau kedua-duanya di bawah Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar.

"Ini (perdagangan dalam talian) adalah satu trend baru. Ia tidak seperti pemburuan haram hidupan liar untuk mendapatkan daging, yang juga satu ancaman, tetapi perdagangan hidupan liar dalam talian adalah lebih berbahaya dan meluas berbanding sebelum ini, " katanya.
Tags / Kata Kunci: spesis dilindungi , William Baya

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan