Jalan Raya Bukan Platform Nyata Bantahan - Ku Nan

Diterbitkan: Selasa, 4 Ogos 2015 3:16 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menggesa orang ramai supaya tidak menjadikan jalan raya sebagai platform untuk menyuarakan bantahan terhadap kerajaan.

Tegas beliau, rakyat tidak seharusnya terpedaya dengan pengaruh pihak luar yang sengaja mahu melihat berlakunya perpecahan di negara ini.

"Saya ingin menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati terhadap anasir yang ingin memecah-belahkan kita.

"Tak guna turun ke jalanan, no point...datang dan maklumkan kepada kita. Apa yang anda mahu, kami akan cuba lakukan untuk anda. Kita akan cuba buat yang terbaik untuk anda semua," katanya pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Wilayah Persekutuan di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini.

Pada Sabtu lalu, seramai 29 individu termasuk enam wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam perhimpunan haram, yang dianjurkan beberapa kumpulan di hadapan sebuah kompleks beli-belah di ibu negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata, dalam kejadian kira-kira 2.15 petang itu, kesemua individu terbabit yang ditahan berumur dalam lingkungan 14 hingga 69 tahun.

Selain itu, dalam ucapannya pada majlis yang dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum itu, Tengku Adnan mahu warga Kuala Lumpur supaya tidak menjadikan jawatannya selaku menteri sebagai pemisah antara beliau dan rakyat.

"Jangan anggap saya sebagai menteri...sebaliknya anggaplah saya ini sebagai ketua kampung anda.

"Sebagai ketua kampung saya mahu anda semua merasai perubahan dan kemajuan yang akan kita lakukan untuk penduduk kampung saya," katanya.

Tags / Kata Kunci: Tengku Adnan Tengku Mansor

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan