MB Perlis Mahu Setiap Parti Dedah Sumber Kewangan

Diterbitkan: Selasa, 4 Ogos 2015 7:38 PM

Azlan Man.

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan juga Badan Perhubungan Umno Perlis, Datuk Seri Azlan Man mahu semua parti politik di negara ini mendedahkan sumber kewangan parti masing-masing.

Katanya tidak adil untuk pembangkang meminta BN atau UMNO sahaja yang berbuat demikian sedangkan mereka dikecualikan.

Azlan yang juga Menteri Besar Perlis berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Majlis Perbandaran Kangar (MPK) di sini Selasa.

Katanya cadangan itu pernah dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN dan Presiden Umno tetapi ditolak oleh pembangkang.

"Kalau parti-parti pembangkang mahu Umno dan BN mendedahkan sumber kewangannya, mereka juga perlu bersedia melakukan perkara sama," kata Azlan.

Katanya dana kewangan Umno bertujuan mengukuhkan kedudukan parti itu.

"Tak kiralah dana itu diperoleh dari sumber luar atau dalam negara selagi dibenarkan oleh undang-undang. Kalau tidak ada dana, bagaimana parti hendak bergerak," tambahnya.

Beliau berkata cadangan Perdana Menteri bagi membolehkan parti-parti politik di Malaysia mendedahkan nama penyumbang kepada parti mereka seperti yang diamalkan oleh beberapa negara maju tetapi parti pembangkang tidak bersetuju.

Mengenai jamuan hari raya yang diadakan oleh agensi-agensi kerajaan, Azlan berkata ia bukan pembaziran kerana majlis seumpama itu mampu mendekatkan hubungan agensi-agensi terbabit dengan masyarakat.

Majlis anjuran MPK itu turut dihadiri anggota Ahli Majlis Perbandaran Che Bilang, Satun dan Padang Besar dari Selatan Thailand.

Tags / Kata Kunci: sumber kewangan parti , Azlan Man

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan