GHB Perkenal Barisan 'Ulama Luar Biasa' Minggu Depan

Diterbitkan: Selasa, 4 Ogos 2015 8:30 AM

Dr Dzulkefly Ahmad

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Gerakan Harapan Baru (GHB) akan mendedahkan barisan ulamanya sendiri yang disifatkan sebagai lain daripada yang lain minggu depan.

Setiausaha GHB Dr Dzulkefly Ahmad berkata pergerakan itu akan mempamerkan jenama 'ulama inklusif' pada seminar antarabangsa, Sabtu.

"Cendekiawan agama kita akan menyertai lebih daripada 200 ulama seluruh dunia menerusi program Nadwah Ulama yang dianjurkan oleh kami.

"Kita akan menunjukkan kepada pengkritik kami bahawa kita mempunyai barisan ulama mengagumkan yang tidak bersikap 'judgmental' dan tidak mempunyai sikap 'saya lebih suci dan warak daripada kamu'," kata beliau sambil menambah ulama yang menyertai kumpulan ini adalah moden, terbuka dan mudah didekati.

"Dengan mereka, kita boleh berbahas dan membincangkan isu-isu dengan mudah," katanya.

Dr Dzulkefly berharap Pendaftar Pertubuhan (RoS) akan meluluskan pembentukan GHB sebagai sebuah parti baru tidak lama lagi.

Difahamkan GHB masih belum mengemukakan permohonan walaupun pengumuman  bahawa parti baru itu akan dilancarkan bulan depan telah dibuat.

Dr Dzulkefly juga menolak pengumuman oleh PAS Selangor bahawa beberapa ahli-ahli yang didapati terlibat dalam GHB telah dipecat.

"Kami masih ahli PAS. Kami tidak menerima apa-apa surat mengatakan kami telah dipecat, "katanya.

Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman berkata ahli GHB Selangor telah dipecat mengikut perlembagaan parti, yang menyatakan bahawa keanggotaan mereka yang menyertai parti-parti politik lain akan secara automatik ditamatkan.

Dr Dzulkefly berkata tanggungjawab itu terletak di bahu PAS untuk mengambil tindakan jika kepimpinan merasakan bahawa disiplin parti telah dilanggar.

Beliau juga mendakwa bahawa pemimpin-pemimpin PAS juga terbahagi dua berhubung tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang sealiran dengan GHB.

"Ada yang mahu tindakan tatatertib yang diambil terhadap kami manakala ada yang cuba untuk memujuk kami berhubung penubuhan sebuah parti baru.

"Malah ada beberapa orang yang mengancam kita. Mereka tidak bersatu mengenai perkara ini, "katanya.

Dr Dzulkefly juga mendakwa GHB telah mendapat momentum di perinkat bawahan untuk menarik kumpulan majoriti senyap.

"Roadshow kami mendapat sambutan yang baik," katanya.

Beliau berkata sasaran GHB adalah majoriti senyap, terutama orang Melayu yang percaya dalam mengambil jalan tengah.

"Malah, bekas hakim pun menghadiri roadshow kami," katanya.
Tags / Kata Kunci: GHB , barisan ulama GHB , Dr Dzulkefly Ahmad

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan