Azalina Kendali Hal Ehwal Parlimen - Berita Semasa | mStar

Azalina Kendali Hal Ehwal Parlimen

Diterbitkan: Selasa, 4 Ogos 2015 9:39 AM

Datuk Seri Azalina Othman Said

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hal ehwal Parlimen kini akan dikendalikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang baru dilantik Datuk Seri Azalina Othman Said.

Azalina, yang dilantik sebagai menteri dalam rombakan Kabinet Selasa lepas, mengambil alih tugas daripada rakan sejawatannya, Datuk Seri Shahidan Kassim.

"Ya, ia telah disahkan. Saya berasa bangga dengan pelantikan itu," katanya dalam mesej teks kepadaThe Star.


Azalina berkata beliau akan bertemu dengan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk membincangkan kemungkinan sebarang perubahan.

Timbalan Speaker Datuk Seri Ronald Kiandee mengalu-alukan Azalina sebagai menteri baru yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Parlimen.

"Kami yakin dia akan mengendalikan perkara-perkara eksekutif dalam Parlimen dengan baik berdasarkan pengalaman masa lalu sebagai menteri," katanya.

Azalina ialah Menteri Belia dan Sukan dari 2004 hingga 2008. Beliau kemudian mengambil alih Kementerian Pelancongan pada 2008-2009.

Shahidan kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi Jabatan Pertahanan Awam, di mana beliau akan mengetuai pengurusan bencana alam.

Beliau juga bertanggungjawab dalam Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta pengurusan bencana dan operasi bantuan di bawah Majlis Keselamatan Negara.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata beliau tidak menjangkakan sebarang perubahan besar kepada tugas sedia ada.

"Saya akan meneruskan tanggungjawab dan tugas yang saya lakukan sebelum ini," katanya.

Dr Wee, yang juga Timbalan Presiden MCA, kini bertanggungjawab bagi pembangunan perusahaan kecil dan sederhana, kredit mikro dan kampung-kampung baru masyarakat Cina.
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan