Pemuda Umno Kuala Kedah Jelaskan Tentang Perwakilan Cakap Mengenai Presiden

Diterbitkan: Isnin, 3 Ogos 2015 1:22 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Kedah, Dr Heazar Ismail berkata, reaksi seorang perwakilan mereka yang berucap menyentuh isu semasa termasuk yang melibatkan perdana menteri dan presiden parti adalah merupakan suara hati di peringkat akar umbi yang tidak wajar disekat atau dihalang. 

Katanya, itu adalah suara akar umbi dan persidangan perwakilan tahunan adalah pentas di mana suara akar umbi didengari dan diberi ruang untuk berucap dan menyentuh isu-isu semasa yang mereka rasa dekat di hati mereka. 

Tambahnya lagi, jika ada perwakilan yang bangun berucap dan menyentuh apa yang dirasakannya perlu termasuk dalam isu yang melibatkan presiden dan pucuk pimpinan parti maka ia adalah hak para perwakilan dan pucuk pimpinan wajar mendengarnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi mStar Online berhubung reaksi perwakilan pemuda Umno bahagian berkenaan yang telah berucap meminta penjelasan daripada presiden parti itu berhubung pelbagai isu yang melanda negara. 

Ucapannya itu telah divideokan dan kini menjadi viral di laman sosial.

Video berdurasi lebih dua minit itu dimuat naik sejak Ahad dan banyak dikongsikan di Laman Facebook.

Dalam video berkenaan, perwakilan pemuda Umno itu pada mulanya menyebut mengenai jenaka 'jika pilihan raya diadakan esok' dengan mengaitkan para pemuda parti yang perlu dipertanggungjawabkan memasang poster presiden.

"Katakanlah pilihan raya esok...geng-geng (merujuk kepada perwakilan) ni semua nak pasang poster, sanggupkah depa (mereka) nak pegang poster Datuk Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) nanti, saya rasa tak dak...saya pun tak sanggup...malu," katanya.

Jelas perwakilan itu, masalah Umno bukan perkara baru tetapi bermula sejak 2008 apabila parti itu mula kalah di beberapa negeri dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) dan mencatatkan penurunan jumlah majoriti dalam Parlimen.

Ia berlanjutan sehingga PRU-13, walaupun beberapa negeri yang jatuh kepada pembangkang berjaya ditawan semula.

Menurutnya, masalah yang menyelubungi parti itu semakin bertambah termasuk yang terbaharu isu 1MDB dan rombakan Kabinet.

Persidangan perwakilan itu dirasmikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ghazali Ibrahim.



Tags / Kata Kunci: Umno , Kuala Kedah

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan