Tiada Penutupan Maklumat Dalam Siasatan 1MDB - Reezal Merican

Diterbitkan: Isnin, 3 Ogos 2015 11:55 AM

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Bekas anggota Jawatankuasa Kira-Kira Kewangan Negara (PAC) Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku penutupan maklumat berhubung siasatan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata PAC ditubuhkan atas landasan keterbukaan dan ketelusan kerana ia bukan sahaja dianggotai wakil daripada anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) malah wakil parti pembangkang.

Katanya jawatankuasa itu terdiri daripada hampir 30 anggota termasuk wakil  daripada Ketua Audit dan Kementerian Kewangan.

"Maklumat yang diterima oleh setiap anggota PAC adalah sama. "Bila perkara dibentang, ia diketahui oleh semua anggota. Mana mungkin ada konspirasi, jika 30 orang mahu menutup atau membohong mengenai sesuatu kes termasuk isu 1MDB.

"Oleh itu saya memberi jaminan tidak ada ruang untuk penutupan isu sensitif seperti 1MDB," katanya kepada pemberita pada majlis doa selamat dan kesyukuran sempena pelantikan beliau sebagai Timbalan Menteri Luar, di sini Ahad malam.

Tiga lagi anggota PAC ialah Datuk Nur Jazlan Mohamed yang dilantik sebagai  Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan) dan Datuk Wilfred Madius Tangau (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi).

Reezal Merican yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas berkata pelantikan beliau dan tiga lagi anggota PAC ke dalam Kabinet tidak akan mengganggu laporan siasatan 1MDB.

"Kebenaran akan muncul dan rakyat akan mengetahuinya," tambahnya.

Tags / Kata Kunci: 1MDB , Reezal Merican

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan