Kerabat Diraja Terengganu Umum Keluar PAS

Diterbitkan: Isnin, 3 Ogos 2015 1:58 PM

pas
(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Tengku Ibrahim Ismail yang menyertai PAS pada 2012 bertindak keluar dari parti itu dengan menyifatkan parti Islam tersebut "telah hilang arah".

Tengku Ibrahim yang merupakan ahli biasa PAS dan bapa saudara kepada Sultan Terengganu berkata, keputusannya untuk keluar dari parti berkenaan berikutan perbalahan dalaman parti dan konflik dengan sekutunya, PKR dan DAP.

"Ideologi parti politik di Malaysia, terutama PAS, sudah hilang arah. Ketika Umno dan parti-parti politik lain tidak melakukan dengan baik, PAS gagal untuk mengambil kesempatan terhadap keadaan itu.

"Malah, ia terperangkap dalam konflik dan perbalagan dalaman antara sekutunya sendiri. Ia gagal untuk merampas peluang bagi memperkukuhkan parti," katanya kepada pemberita di kediamannya di Batu Buruk.

Tengku Ibrahim berkata, PAS menunjukkan sikap tidak matangnya apabila ia mengatakan bahawa akan berdiri sendiri tanpa sokongan parti sekutunya,

"Saya percaya kepimpinan tertinggi dalam PAS telah hilang arah dan keazamannya untuk memperkukuhkan parti menerusi ketegangan antara pihak ulama dan golongan profesional," katanya.

Menurut Tengku Ibrahim, beliau akan menunggu keadaan iklim politik sebelum memutuskan langkah seterusnya yang perlu diambil.


Tags / Kata Kunci: PAS

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan