Cadangan Bina 30,000 Rumah Untuk Anggota, Veteran ATM - Hishammuddin

Diterbitkan: Isnin, 3 Ogos 2015 8:08 PM

Hishammuddin Tun Hussein.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cadangan membina sebanyak 30,000 buah rumah bagi keperluan anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) antara lima fokus perancangan Kementerian Pertahanan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), kata menteri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata kementerian menjangkakan pembinaannya dalam tempoh 10 tahun bermula dari sekarang.
 

"Saya begitu mengambil berat tentang kebajikan anggota ATM terutamanya keperluan tempat tinggal yang selesa.

"(Kita) melihat kepada parameter Rumah Keluarga Angkatan Tentera yang telah ditetapkan iaitu faktor pembinaan kem baharu, keusangan rumah keluarga sedia ada dan faktor sewaan yang tinggi di luar kem. 

"Dalam melaksanakannya, kita perlukan perbincangan lebih rapi dan saya cadang untuk bentang kepada orang ramai melalui pelan induk supaya tidak ada perkara-perkara yang disalah tafsir," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertahanan di sini, Isnin.

Hishammuddin berkata perancangan dalam RMK-11 turut meliputi tumpuan dalam meningkatkan kesiapsiagaan aset dan kemudahan fizikal ATM, serta meningkatkan keupayaan bagi berhadapan ancaman bukan tradisional termasuklah dalam menangani isu keselamatan di Sabah. 

"Kita juga komited untuk memperkukuh sektor inovasi dan pengkomersilan industri pertahanan di mana industri dan syarikat-syarikat yang merupakan pihak berkepentingan mesti mencari jalan bahawa sektor perindustrian pertahanan dapat kita tambah nilai dan dapat kita perkembangkan dan bangunkan. 

"(Selain itu) Pelan Tranformasi Program Latihan Khidmat Negara iaitu tumpuan diberikan terhadap proses pelatih melanjutkan pendidikan di pusat-pusat latihan kemahiran," katanya.

Hishammuddin turut menggesa warga kementerian supaya tidak mengalah dalam zaman yang serba mencabar dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu serta ancaman sosial disebabkan fahaman ekstremis dan sebagainya.

Tags / Kata Kunci: Hishammuddin Tun Hussein , ATM , RMK-11

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan