Pengguna E-Rokok Mahu Penggunaannya Dikawal Selia

Diterbitkan: Isnin, 3 Ogos 2015 9:44 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengguna rokok elektronik atau e-rokok meminta supaya penggunaan alat tersebut dikawal selia dan perolehannya dilakukan secara meluas.

Ini kerana kata penguna, dengan mewujudkan larangan terhadap e-rokok, ia tidak akan menghentikan mereka daripada tabiat merokok.

Dalam satu kaji selidik terhadap perokok dewasa di Malaysia, sebuah kumpulan sokongan pengguna serantau mendapati e-rokok sebagai "alternatif yang postif" kepada bahan tembakau.

Pengasas bersama factasia.org, Heneage Mitchell berkata, 75 peratus responden akan mempertimbangkan untuk membeli e-rokok di luar negara mahupun saluran lain sekiranya alat itu tidak dibenarkan dijual di negara ini.

Berdasarkan tinjauan itu, kira-kira 26 peratus daripada mereka telah pun mendapatkan e-rokok mereka secara dalam talian.

Oleh itu, katanya, larangan terhadap alat itu hanya akan membantu merancakkan lagi pasaran gelap berikutan terdapat permintaan di kalangan pengguna.

Beliau berkata, bilangan orang dewasa rakyat Malaysia yang merupakan pengguna e-rokok atau lebih dikenali sebagai 'vaper' antara 250,000 dan sejuta orang.

"Adalah jelas mendapati terdapat keperluan buat Malaysia untuk mengawal selia industri ini, dengan menetapkan standard dari segi kualiti, cukai produk secara rasional dan memastikan ia hanya dijual kepada orang dewasa.

"Larangan terhadap alat itu hanya akan menjadi satu kesilapan kerana seperti bahan tembakau secara konvensional akan mengakibatkan pasaran gelap berkembang maju," katanya.

Satu tinjauan secara dalam talian terhadap 404 perokok di Malaysia bagi menilai pandangan pengguna terhadap alternatif yang lebih baik bagi menggantikan rokok konversional.

Tinjauan turut dikendalikan di Hong Kong, Singapura, Australia, Taiwan dan New Zealand.

"Di Malaysia, 100 peratus mereka yang melakukan tinjauan itu mengetahui bahawa e-rokok dan 69 peratus daripada mereka pernah atau sedang menggunakannya. Oleh itu, terdapat keperluan untuk melindungi pengguna.

"Mereka mahu tindakan yang positif daripada kerajaan," katanya dalam satu temuramah pada Jumaat.

Pada 28 Jun lalu, Sunday Star melaporkan mengenai industri e-rokok yang semakin berkembang di negara ini.

Walaupun industri itu bernilai separuh bilion ringgit, pasaran itu masih belum dikawal selia tidak seperti kebanyakan negara lain sama ada ia dilarang mahupun dikawal.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, satu kumpulan kerja teknikal mengkaji mengenai kesan e-rokok kepada perokok dan mereka yang berada di sekeliling.

Laporan kajian yang turut merangkumi tentang e-rokok sebagai alternatif dan alternatif mengurangkan tabiat merokok, akan digunakan sebagai satu dasar baharu terhadap aktiviti e-rokok di negara ini.

Tags / Kata Kunci: e-rokok , rokok eletronik

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan