Prosiding PAC Babitkan 1MDB Mulai Esok Ditunda

Diterbitkan: Isnin, 3 Ogos 2015 5:32 PM

Dr Tan Seng Giaw.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parlimen menangguhkan prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dijadualkan pada Selasa.

Timbalan Pengerusi PAC Dr Tan Seng Giaw mengesahkan makluman secara rasmi dikeluarkan Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Rosmee Hamzah.

"Menurut notis, mesyuarat PAC yang dijadualkan pada 4, 5, 6, 17 dan 18 Ogos ditangguhkan," kata Dr Tan ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau berkata, bagaimanapun tiada penjelasan lanjut atau tarikh lain diberikan dalam notis itu.

Dr Tan menegaskan isu tersebut bergantung dengan orang ramai walaupun Speaker adalah individu bertanggungjawab terhadap Parlimen.

"Jika rakyat merasakan kami perlu berada di sana, kami akan berada di sana pada pukul 10 pagi esok," katanya.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, 1MDB mengesahkanmenerima makluman rasmi bahawa prosiding siasatan dengan PAC ditunda ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak. 

Syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan itu berkata, menerusi Kementerian Kewangan, ia menerima makluman rasmi daripada Setiausaha Dewan Rakyat/Setiausaha PAC bahawa sesi PAC yang dijadualkan pada 4, 5, 6, 17 dan 18 Ogos serta 8 dan 10 September 2015 sudah ditunda. 

"Sekali lagi kami mengulangi hasrat kami untuk memberikan sepenuh kerjasama kepada PAC dan kami menanti untuk hadir dalam sesi PAC pada tarikh yang baharu.

"Kami menghormati PAC sebagai pihak berkuasa yang sah dan forum yang paling tepat untuk menjawab sebarang persoalan berkenaan 1MDB. 

"Kami mempunyai keyakinan bahawa jawatankuasa dwi-partisan ini akan memberi peluang seadilnya untuk 1MDB memberi penjelasan mengenai kedudukan syarikat kepada pihak berkuasa yang sah, mengikut keperluan proses wajar," kata 1MDB dalam kenyataan itu. 

PAC dijadualkan memanggil Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy serta bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi pada 4 dan 5 Ogos.
Tags / Kata Kunci: PAC , prosiding , 1MDB

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan