JKNT Rampas Pelbagai Ubat Beracun, Kosmetik

Diterbitkan: Isnin, 3 Ogos 2015 2:36 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) merampas ubat tidak berdaftar dan dicemari racun berjadual serta produk kosmetik tidak bernotifikasi dalam 31 serbuan membabitkan rampasan bernilai hampir RM300,000.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Mohammad Omar berkata rampasan itu yang melibatkan 668 jenis produk ubatan dan kosmetik direkodkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

"Serbuan dan rampasan paling banyak dilakukan di kedai kosmetik iaitu (18 buah), lima serbuan di kios dan masing-masing dua serbuan melibatkan penjualan dalam kenderaan, rumah kediaman, kedai runcit serta satu kedai ubat (bukan farmasi) dan satu serbuan di farmasi.

"Produk tradisional tidak berdaftar yang dirampas bernilai RM158,857 manakala produk yang dicemari racun (RM11,430); produk kosmetik tidak bernotifikasi (RM39,177); minuman, makanan dan bahan mentah yang dicemari racun (RM26,829) dan produk yang tidak berdaftar (RM50,187)," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis sambutan Aidilfitri Persatuan Akademi Sepak Takraw Terengganu (Pasta) di sini, Isnin.

Menurutnya serbuan dilakukan oleh Cawangan Penguat Kuasa Farmasi, Bahagian Perkhidmatan Farmasi JKNT berdasarkan siasatan dan maklumat orang ramai yang dilakukan sepanjang masa.

Dr Mohammad berkata sehingga Jun lalu, sebanyak 16 kes didakwa di mahkamah dan kutipan denda sebanyak RM56,600 diperoleh atas pelbagai kesalahan yang dilakukan dari tahun 2013 hingga 2014.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 12 kes pendakwaan dilakukan pada tahun 2014 yang melibatkan rampasan pelbagai jenis ubat dan kosmetik beracun dengan nilai rampasan RM56,700.

"Empat kes yang didakwa adalah kesalahan dilakukan pada tahun 2013 melibatkan nilai rampasan RM6,174," katanya.

Pendakwaan dilakukan mengikut Akta Racun 1952, Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (Ubat Tidak Berdaftar), Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 serta Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (Kosmetik Tidak Bernotifikasi).

Tags / Kata Kunci: JKNT , Ubat Beracun

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan