Mohamad Jamidan Dilantik Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM

Diterbitkan: Isnin, 3 Ogos 2015 4:45 PM

Mohamad Jamidan Abdullah.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Mohamad Jamidan Abdullah, 57, dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, berkuat kuasa pada 1 Ogos lalu.

SPRM dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, pelantikan Mohamad Jamidan bagi menggantikan Datuk Seri Zakaria Jaffar, 58, yang akan bersara secara rasmi pada 12 Oktober 2015. 

"Sebelum ini, Mohamad Jamidan yang telah berkhidmat selama 32 tahun, merupakan Pengarah Siasatan SPRM. Jawatan Mohamad Jamidan digantikan oleh Datuk Mohd Azam Baki, 52, yang sebelum ini merupakan Pengarah Perisikan. 

"Pelantikan Mohamad Jamidan dan Mohd Azam berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2015. SPRM mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Zakaria atas sumbangan beliau sepanjang perkhidmatannya selama lebih tiga dekad," menurut suruhanjaya itu dalam satu kenyataan.



Tags / Kata Kunci: Mohamad Jamidan Abdullah , SPRM

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan