'Ismail Sabri Cheek' Panggilan Terkini Dua Menteri

Diterbitkan: Isnin, 3 Ogos 2015 9:03 PM

Ismail Sabri (kanan) bermesra dengan penggantinya Ahmad Shabery (kiri) dan Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Mohd Arif Ab Rahman (tengah) pada majlis penyerahan nota serah tugas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada Isnin. Ismail Sabri kini memegang jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini sering dipanggil 'Ismail Sabri Cheek' sebagai merujuk kepada keserasian dua kementerian yang mereka terajui dalam melaksanakan agenda pembangunan luar bandar.

Berkongsi perkara itu pada majlis serah tugas di sini hari ini, Ahmad Shabery, yang mengambil alih Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani daripada Ismail Sabri yang kini menerajui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berikutan rombakan kabinet pada 28 Julai lepas, berkata asas peranan dua kementerian itu adalah sama.

"Sebahagian besar pertanian melibatkan masyarakat luar bandar dan kekuatan luar bandar itu adalah pertanian," katanya.

Ahmad Shabery berkata ia merupakan kali kedua beliau menerima serahan tugas daripada Ismail Sabri selepas kali pertama untuk menyandang jawatan Menteri Belia dan Sukan sebelum ini.

Katanya beliau masih memerlukan panduan daripada pendahulunya Ismail Sabri dalam memacu kesinambungan agenda pembangunan masyarakat luar bandar di kementerian baharunya itu.

"Setelah lebih dua tahun di kementerian ini banyak perkara yang dirancang beliau tidak memerlukan saya membuat rombakan atau memikirkan sesuatu yang baharu dan sebab itu banyak yang saya akan dapatkan panduan beliau jika ingin membuat penambahbaikan," katanya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan