Anifah Rakam Penghargaan Kepada Bapa Pengasas Asean

Diterbitkan: Isnin, 3 Ogos 2015 9:19 PM

Anifah Aman.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman malam Isnin merakamkan penghargaan kepada bapa pengasas ASEAN berikutan wawasan mereka dalam menyatupadukan negara di rantau ini, dan dalam usaha ke arah itu, berjaya memupuk keamanan serta kestabilan.

Ketika berucap pada majlis jamuan malam bersempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-48 di sini malam Isnin, beliau menarik perhatian bahawa mereka mengetepikan perbezaan untuk memberi tumpuan kepada usaha yang boleh dilakukan secara bersama untuk menambah baik kesejahteraan rakyat.

"Saya percaya bahawa kita amat terhutang budi kepada bapa pengasas kita yang mempunyai wawasan dengan membayangkan kerjasama dan kesepakatan dalam kalangan beberapa negara yang kelihatannya seolah-olah berbeza sama sekali," katanya.

Anifah berkata mereka mengorak langkah membina keyakinan yang penting untuk memupuk keamanan dan kestabilan di sebuah rantau yang diiktiraf sebagai sebuah 'gelanggang persaingan antarabangsa.

"Bukanlah satu kebetulan bahawa ASEAN sentiasa meletakkan premium yang tinggi kepada pematuhan teliti dalam hubungan antara negara, menghormati keutuhan wilayah dan prinsip tidak campurtangan hal ehwal dalaman negara lain," katanya.

Tags / Kata Kunci: Anifah Aman , ASEAN

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan