Balik Pulau Dilanda Banjir Selepas Hujan Hampir Empat Jam

Diterbitkan: Isnin, 3 Ogos 2015 11:16 PM

Sebuah rumah dekat Lintang Pondok Upeh di sini ditenggelami air sedalam satu kaki. - foto ZAINUDIN AHAD/The Star

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Beberapa kediaman di kawasan Balik Pulau, di sini dinaiki air selepas paras sungai naik mendadak akibat hujan lebat berterusan hampir empat jam pada Selasa.

Hujan lebat sejak 6 petang Isnin telah menyebabkan kawasan rendah di Balik Pulau dan beberapa kawasan di sekitar bandar dilanda banjir.

Jurucakap Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata selain kawasan perkampungan di Balik Pulau, antara kawasan yang dilaporkan dinaiki air adalah Bayan Lepas, Jalan P. Ramlee, Relau dan Bandar Baru Ayer Itam.

Katanya, setakat ini keadaan banjir di beberapa kawasan itu masih terkawal dan air hanya naik dibawah paras lutut.

"Hanya sebuah rumah yang agak teruk dinaiki air iaitu di Pondok Upeh, Balik Pulau namun pemilik rumah sempat mengemas barangan ke tempat yang lebih tinggi.

"Anggota JPAM juga sudah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan namun keadaan kini dilaporkan terkawal," katanya ketika dihubungi di sini Isnin.

Tags / Kata Kunci: banjir , Balik Pulau

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan