1MDB: Bahri Bidas Tindakan Geledah Pejabat SPRM

Diterbitkan: Isnin, 3 Ogos 2015 8:29 PM

Bahri Mohd Zin.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seorang pengarah di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membidas tindakan beberapa pegawai polis menggeledah pejabatnya.

Bercakap kepada pemberita di luar ibu pejabat suruhanjaya itu di sini, Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohd Zin berkata ia amat 'mengecewakan' apabila Timbalan Pendakwa Raya (DPP) turut diheret.

"Kami menjalankan siasatan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan teliti.

"Tiba-tiba DPP kami diheret oleh polis. Ia amat mengecewakan bagaimana perkara ini boleh berlaku," katanya.

Terdahulu, Bahri disoal selama dua jam oleh pegawai penyiasat dari Jabatan Siasatan Jenayah di ibu pejabat SPRM berkaitan kebocoran dokumen siasatan 1MDB.

Pada Sabtu, polis menggeledah rumah DPP Ahmad Sazilee Abdul Khairi dan di pejabatnya.

Dokumen berkaitan siasatan 1MDB dan bekas anak syarikatnya, SRC International serta komputer riba turut dirampas.

Tindakan itu dilakukan selepas penahanan bekas ahli lembaga penasihat SPRM, Tan Sri Rashpal Singh dan petugas di bahagian Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA), Jabatan Peguam Negara, Jessica Gurmeet Kaur.

Mereka ditahan untuk membantu siasatan polis berhubung dokumen yang didakwa bocor.

Sarawak Report menyiarkan draf kertas pertuduhan yang dikatakan dibocorkan oleh pasukan penyiasat 1MDB.

Mengenai kebocoran dokumen itu, Bahri berkata beliau positif bahawa ia tidak dikeluarkan SPRM.

"Saya amat yakin ia bukan dari kami dan ianya dikeluarkan semula," kata Bahri.

Tags / Kata Kunci: SPRM , Bahri Mohd Zin , 1MDB

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan