Umno Patut Pertimbang Kerjasama Dengan PAS - Nong Chik

Diterbitkan: Ahad, 2 Ogos 2015 2:06 PM

Datuk Seri Raja Nong Chik

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umno perlu mempertimbangkan kerjasama dengan PAS kerana ia mungkin menjadi satu jalan untuk parti bergerak ke hadapan, kata Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai berkata, kenyataan oleh ahli-ahli PAS baru-baru ini menunjukkan bahawa parti itu terbuka untuk bekerjasama.

Beliau berkata walaupun beberapa ahli Umno telah menuntut supaya Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din telah berkata sebaliknya.

"Ini menunjukkan mereka terbuka untuk bekerjasama dengan kita," katanya pada mesyuarat perwakilan Umno Lembah Pantai.

Nong Chik berkata, parti itu boleh bermula dengan bekerjasama dalam proses persempadanan semula yang sepatutnya dilakukan setiap 10 tahun atau lebih, dan dari situ ia mungkin bergerak ke arah kepimpinan nasional.

"Ada satu masa apabila tidak dibenarkan untuk bercakap dalam surau PAS, walaupun ketika itu saya menteri. Tetapi sekarang saya boleh. Ini mungkin satu pembukaan bagi kita," kata Nong Chik, yang merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Beliau menambah bahawa negara ini akan menjadi lebih kuat jika orang Melayu dan umat Islam bersatu.

Nong Chik juga menyatakan sokongan beliau terhadap Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

"Menggugurkan Timbalan Perdana Menteri adalah hak beliau. Saya percaya kepada prinsip tanggungjawab bersama - kita secara kolektif bertanggungjawab tidak kira apa yang berlaku dalam keputusan kabinet.

"Kita boleh tidak bersetuju dalam kabinet tetapi jika masih tidak puas hati selepas itu, letak jawatan," katanya.


iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan