"Saya Akan Jadi TPM Untuk Semua Rakyat Malaysia"

Diterbitkan: Ahad, 2 Ogos 2015 8:13 AM

(Ubah saiz teks)

TEMUBUAL KHAS

PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang terkenal dengan imej tegas menolak persepsi bahawa beliau akan menggunakan pendekatan 'kuku besi' dalam menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Perdana Menteri, sebaliknya akan bertindak tegas serta adil.

Katanya, beliau akan menjadi insan sama yang penuh keazaman seperti kebiasaannya, terutamanya dalam memerangi jenayah dan keganasan.

Bercakap kepada The Star dalam satu wawancara eksklusif pertamanya dengan media sejak dilantik Selasa lalu, Dr Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri berkata beliau mahu dianggap sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia.

"Saya berjuang untuk kepentingan orang Melayu dan Islam. Itu tidak bermakna saya tidak menjaga kepentingan kaum atau agama lain. Saya berpegang kepada ajaran al-Quran yang mengajar kita untuk menghormati agama-agama lain jika kita mahu Islam dihormati," katanya.

Dr Ahmad Zahid, 62, berkata, beliau akan menjadi seorang yang 'buta warna' dalam melaksanakan tugasnya sebagai Menteri Dalam Negeri, sambil menambah mereka yang melakukan jenayah tidak akan terlepas hanya kerana mereka adalah dari kaum tertentu.

"Saya mungkin tersenyum tetapi saya tegas. Saya tidak berkompromi. Tidak akan ada amaran terhadap penjenayah. Saya akan melakukan ini kerana ini adalah apa yang diharapkan daripada saya sebagai Menteri Dalam Negeri. Rakyat mahu jalan-jalan yang bebas jenayah dan negara yang selamat supaya mereka dapat tidur nyenyak pada waktu malam. Saya komited untuk menjalankan tanggungjawab ini," katanya.

Dr Ahmad Zahid memakai baju batik apabila penulis melangkah masuk ke pejabatnya di Kementerian Dalam Negeri, Khamis.

Seperti biasa, beliau tetap mesra, bertanyakan kepada penulis tentang sambutan Hari Raya dan memohon maaf kerana tidak menjawab mesej ucapan tahniah daripada kami.

Beliau berkata mesej ucapan tahniah diterimanya tanpa henti daripada ahli keluarga, kawan-kawan, malah daripada orang-orang yang beliau tidak kenal.

The Star telah meminta untuk satu sesi temubual diadakan sebaik sahaja pengumuman pelantikannya tetapi berkata beliau tidak mempunyai masa pada ketika itu.

Bagaimanapun, beliau telah bercakap dengan The Star selama kira-kira 45 minit, setengah jam lebih lama berbanding 15 minit yang diperuntukkan bagi setiap media.

Antara bidang tumpuan pertama yang akan dihapuskan Dr Ahmad Zahid adalah gejala judi haram, yang disifatkan sebagai 'ancaman yang memusnahkan keluarga'.

"Jika keluarga musnah, apa yang tinggal dalam masyarakat? Tidak ada agama yang membenarkan perjudian.

"Saya telah mengarahkan semua ketua polis negeri melancarkan tindakan keras terhadap pengusaha premis perjudian haram. Saya telah berikan kepada mereka sehingga akhir tahun ini untuk mengurangkan angkanya. Sebaik-baiknya, saya mahu melihat sifar aktiviti perjudian haram di negara ini," katanya.

Beliau berkata memerangi kumpulan militan Negara Islam (IS) dan memulihkan semula pemikiran radikal militan akan menjadi satu lagi bidang utama yang akan diberi perhatian.

"Negara-negara lain sedang melihat kita sebagai salah satu contoh negara yang berjaya memulihkan militan dan telah meminta kita untuk berkongsi pengalaman.

"Menentang IS menjadi keutamaan saya sebagai Menteri Dalam Negeri. Kini, sebagai TPM, ia telah menjadi satu keutamaan yang lebih besar," katanya.

Dilabelkan sebagai sebagai 'Melayu Ultra', Dr Ahmad Zahid berkata: "Saya percaya persepsi itu kerana saya begitu vokal dan berpendirian teguh dalam memperjuangkan bangsa dan agama saya.

"Saya membawa perjuangan parti saya. Apa yang orang gagal lihat ialah saya berjuang untuk keadilan  semua rakyat Malaysia juga, yang saya ingin terus lakukan."

Dr Ahmad Zahid, yang mempunyai hubungan yang agak dingin dengan portal dalam talian berkata beliau memahami dan menghormati peranan media.

"Walaupun mereka tidak adil kepada saya, portal-portal mesti belajar untuk menghormati keputusan yang saya buat terhadap apa-apa isu," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan akan diambil terhadap mereka yang menyebarkan pembohongan berniat jahat, seperti cerita yang tersebar pada Rabu bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin akan ditangkap oleh pihak polis.

Zahid, yang menyifatkan pembohongan itu sebagai 'jahat' berkata beliau telah menghubungi Peguam Negara dan Ketua Polis Negara yang mengesahkan bahawa cerita itu adalah 'sampah'.


"Saya sendiri menghubungi Tan Sri (Muhyiddin) pada pukul 2 pagi untuk memberi jaminan kepada beliau dan isterinya, bahawa pihak polis tidak akan menangkapnya. Dalam panggilan kedua saya kepadanya, saya sekali lagi memberitahu Tan Sri bahawa dia boleh tidur nyenyak dan juga memberitahu Puan Sri Norainee (isteri Muhyiddin) untuk berhenti menangis kerana dia takut Muhyiddin akan ditangkap," katanya.

Sebelum tamat sesi temubual, terdapat ramai lagi yang sedang beratur panjang untuk bertemu Dr Ahmad Zahid, di antara mereka adalah Duta Amerika Syarikat ke Malaysia Joseph Yun.

Tags / Kata Kunci: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi , TPM , KDN

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan