Saya Tak Takut Jemput Muhyiddin - Md Jais

Diterbitkan: Ahad, 2 Ogos 2015 8:44 PM

Muhyiddin dijulang tangan oleh Md Jais yang juga Adun Mahkota (kanan), Timbalan Ketua Bahagian, Md Norhalim Md Amin (dua,kiri) dan Pengerusi Tetap Umno Bahagian, Datuk Gapar Gurrohu (kiri) pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Bahagian Kluang 2015 di Dewan Kompleks Pekan Rabu pada Ahad.
 -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KLUANG: Ketua Umno Bahagian Kluang, Md Jais Sarday mempertahankan keputusan bahagian itu menjemput Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan persidangan tahunan mereka.

Mengakui diusik dengan pelbagai soalan 'nakal' berhubung kehadiran Muhyiddin yang digugurkan daripada Kabinet, Md Jais berkata beliau tidak takut untuk menerima kunjungan timbalan presiden Umno berkenaan.

"Sejak beberapa hari ini saya dan pimpinan Umno Kluang jadi glamour sikit kerana persidangan bahagian ini dirasmikan oleh timbalan presiden parti yang tak duduk dalam kerajaan.

"Tiga, empat hari ini sibuk orang telefon, media telefon tanya...jadi ke YB? Malam tadi pun masih ada yang tak percaya. Mereka tanya...YB betul ke Tan Sri (Muhyiddin) datang?

"Ada soalan lebih nakal...YB tak takut ke? Tapi saya katakan nak takut apa? Sebab yang datang ni timbalan presiden parti," katanya disambut tepukan gemuruh dan sorakan perwakilan Umno Bahagian Kluang di sini, Ahad.

Md Jais yang juga Exco Pendidikan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor berkata demikian pada majlis perasmian mesyuarat Umno Bahagian Kluang oleh Muhyiddin di Kompleks Pekan Rabu di sini.

Persidangan bahagian itu merupakan yang pertama dirasmikan Muhyiddin selepas beliau digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam rombakan kabinet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Selasa lepas.

Sebelum ini beberapa Umno Bahagian antaranya Raub di Pahang dan Sungai Besar di Selangor membatalkan jemputan terhadap Muhyiddin bagi merasmikan mesyuarat bahagian masing-masing selepas beliau digugurkan daripada Kabinet.

Mengulas lanjut Md Jais menegur ahli dan pimpinan Umno di semua peringkat supaya menghormati Muhyiddin sebagai timbalan presiden Umno.

"Beliau digugurkan daripada kerajaan, tapi tidak buat huru-hara. Jadi apa salahnya?

"Dalam berpolitik kita ada adab dan etika. Kalau sebelum ini timbalan presiden jadi timbalan perdana menteri, dipuja...kita sanjung.

"Takkan tiba-tiba bila beliau tak jadi timbalan perdana menteri...kita ganyang dia?" katanya.

Tags / Kata Kunci: Md Jais Sarday , Muhyiddin Yassin , Umno

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan