1MDB: Kerajaan Tidak Berkuasa Hentikan Siasatan PAC - Berita Semasa | mStar

1MDB: Kerajaan Tidak Berkuasa Hentikan Siasatan PAC

Diterbitkan: Ahad, 2 Ogos 2015 8:52 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menghentikan sebarang siasatan oleh Parlimen terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Datuk Abdul Rahman Dahlan.

"Adakah pelantikan empat individu ke dalam kerajaan menjejaskan atau menghentikan siasatan sama sekali? Jawapannya sama sekali tidak.

"Apabila ia telah dimulakan, ia hanya boleh dihentikan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) apabila membuat rumusan dan menyerahkan keputusan kepada Dewan Rakyat.

"PAC tidak boleh menghentikan fungsinya atau siasatan hanya kerana beberapa Ahli Parlimen telah berhenti menjadi ahli-ahlinya," kata Menteri  Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam satu kenyataan pada Ahad.

Bagaimanapun, beliau menambah siasatan akan ditangguhkan selama kira-kira dua bulan kerana Parlimen akan bersidang semula pada awal  Oktober untuk pelantikan  ahli-ahli PAC yang baru.

Abdul Rahman yang juga Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN) berkata, pelantikan anggota PAC ke dalam Kabinet bukan satu cubaan untuk melambatkan siasatan kepada 1MDB.


Tags / Kata Kunci: PAC , 1MDB
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan