Tindakan Disiplin Terhadap Muhyiddin: Pemimpin Muda Jangan Tunjuk Jaguh

Diterbitkan: Ahad, 2 Ogos 2015 7:37 PM

(Ubah saiz teks)

PASIR SALAK: Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengingatkan kepimpinan muda parti itu agar tidak mengeluarkan kenyataan secara melulu berhubung isu pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam rombakan kabinet baru-baru ini.

Beliau berkata ini kerana kenyataan sedemikian boleh mengganggu-gugat perpaduan dan keharmonian dalam UMNO.

"Sejak kebelakangan ini, kita dengar ada dua tiga pemimpin muda yang mengesyorkan Muhyiddin supaya dikenakan tindakan disiplin. Beliau digugur daripada barisan Kabinet, itu soal lain....jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO juga lain.

"Pemimpin muda jangan hendak menunjuk jaguh sehingga lupa kepada adab sopan dan tatasusila sebagai ahli parti," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Mesyuarat Wanita UMNO Bahagian Pasir Salak hari ini oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Mengulas lanjut, Tajuddin berkata jasa Timbalan Presiden UMNO itu kepada parti amat besar sejak dahulu lagi dan adalah wajar Muhyiddin terus dihormati sebagai pemimpin nombor dua dalam parti.

"Kalau ada kesalahan yang telah dilakukan oleh Muhyiddin, biarlah pihak jawatankuasa disiplin UMNO yang bertindak. Sekarang ini, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan," katanya.

Justeru, beliau menasihati kepimpinan muda UMNO supaya tidak hilang fokus dan terus bekerja keras bagi memantapkan barisan kepimpinan dalam parti.

"Jangan sampai memecahbelahkan parti sehingga boleh dituduh sebagai pengkhianat kepada UMNO," katanya.

Tags / Kata Kunci: Umno , Pemimpin

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan