"Sekarang Bukan Zaman Kepimpinan Umno Dilayan Laksana Separa Dewa" - Khaled

Diterbitkan: Ahad, 2 Ogos 2015 5:20 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Ahad menyarankan kepimpinan parti supaya berlapang dada dan mendengar suara hati anggota parti itu bermula dari peringkat akar umbi.

Mohamed Khaled berkata langkah itu penting memandangkan anggota UMNO di peringkat akar umbi menjadi pendukung parti itu selama ini.

"Sekarang bukan lagi zaman di mana kepimpinan dilayan laksana separa dewa manakala sifat serta budaya 'feudal' bukanlah budaya UMNO," katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan Wanita UMNO Bahagian Pasir Gudang di sini, Ahad.

Menurut Menteri Besar Johor itu anggota UMNO pula dalam masa yang sama harus tampil bagi menyatakan pendapat masing-masing khususnya menerusi persidangan sedemikian.

Beliau berkata UMNO merupakan wadah pengislahan bangsa dan parti itu tidak akan mempunyai nilai sekiranya tujuannya bukan untuk kebaikan bangsa serta agama.

Sementara itu, Mohamed Khaled turut menggesa pergerakan Wanita UMNO untuk bergerak lebih proaktif dan dominan sekali gus tidak hanya menjadi pemerhati semata-mata.

"Wanita UMNO wajar mencontohi perjuangan pemimpin perintis wanita terdahulu seperti Puan Seri Cikgu Balkis Abdullah, Puan Khatijah Sidek dan Tan Sri Zainun Munshi Sulaiman atau Ibu Zain yang telah banyak menabur bakti kepada parti," katanya.

Tags / Kata Kunci: Umno , Johor , Pasir Gudang

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan