"Saya Buang Anwar Bukan Sebab Dia Tak Sokong Saya" - Tun M

Diterbitkan: Sabtu, 1 Ogos 2015 1:39 PM

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika melancarkan buku bertajuk "MAHATHIR BUKAN KAWAN SAYA" di Putrajaya pada Sabtu. Turut bersama ialah penulis buku itu Tan Sri Zainuddin Maudin (kanan) dan Pengerusi BYG Datuk Raja Ahmad Niza Raja Ismail.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri ketika zaman pentadbiran beliau bukan disebabkan tidak mendapat sokongan daripada individu berkenaan.

Menurut beliau, situasi itu juga berbeza dengan pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dibuat pada Selasa.

"Saya tak pecat timbalan saya (Anwar) kerana dia tak sokong saya.  Tun Musa Hitam pun dengan sendirinya letak jawatan, saya tak suruh dia letak jawatan.

"Saya (pecat Anwar) setelah mendapati dia telah melakukan sesuatu yang saya tidak dapat terima," katanya pada sidang media selepas melancarkan buku ‘Mahathir Bukan Kawan Saya’ di sini, Sabtu.

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditanya tentang tindakan Najib memecat Muhyiddin yang dikatakan mengikut jejak langkah beliau yang juga pernah memecat timbalannya sebelum ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Muhyiddin mungkin telah melakukan satu kesalahan besar sehingga menyebabkan beliau dipecat.

Katanya, bagaimanapun keputusan untuk merombak Kabinet atau memecat mana-mana menteri adalah hak Najib sebagai perdana menteri.

"Saya rasa Muhyiddin mesti telah melakukan satu jenayah besar, jadi dia patut disingkir…semua yang lakukan jenayah patut disingkir.

"Kita tak mahu penjenayah memerintah negara ini," jelas beliau dalam nada menyindir.

Tags / Kata Kunci: Dr Mahatihr , Anwar Ibrahim

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan