Puteri Umno Yakin Isu Muhyiddin Tidak Jejaskan Perpaduan Parti

Diterbitkan: Sabtu, 1 Ogos 2015 10:55 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Puteri UMNO yakin isu pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri pada Selasa lalu tidak akan menggugat dan menjejaskan perpaduan parti terutama di Johor.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermiyati Samsudin berkata beliau yakin semua peringkat akar umbi dalam UMNO cukup matang dalam memikirkan segala tindakan mereka.

"Apa pun dalam parti kita masih bertuah mempunyai seorang timbalan presiden (UMNO) yang begitu kuat cintanya pada bangsa dan parti dan sebab itu saya minta tiada mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan lain.

"Tan Sri Muhyiddin banyak memberikan sokongan kepada Puteri yang pernah menyatakan Puteri adalah harapan penting dalam parti dan kami merakamkan ucapan terima kasih itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Bakri di sini, Jumaat malam.

Mas Ermiyati juga menafikan kononnya ada ketua Puteri bahagian di negeri ini yang telah melepaskan jawatan berhubung isu yang melanda kepimpinan negara ketika ini.

"Tidak benar laporan yang telah menjadi viral itu dan saya menasihati semua pihak agar tidak terpengaruh dengan laporan yang hanya untuk merosakkan perpaduan parti," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan mahukan  anggota pergerakan itu sama-sama membantu untuk memulihkan kepercayaan akar umbi terhadap parti.

"Paling penting kesatuan perpaduan dan mempercayai kepada kepimpinan parti dan negara dan Puteri mempunyai peranannya untuk membantu parti ke arah itu," katanya.

Mas Ermiyati juga mahukan anggota pergerakan itu mendapatkan sumber yang betul daripada laman sosial dan tidak bertindak terburu-buru hanya kerana percayakan berita yang tidak benar.

"Saya juga mahukan Puteri lipat gandakan usaha mencari seramai mungkin pengundi baharu dalam daftar pemilih dan Puteri perlu menjadi satu pergerakan yang luar biasa hebatnya," katanya.

Tags / Kata Kunci: Puteri Umno , Muhyiddin

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan