"Polis Sentiasa Bersiap Sedia" - KPN

Diterbitkan: Sabtu, 1 Ogos 2015 9:17 AM

Adam (kiri) ditahan di Balai Polis Dang Wangi, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Berhenti percaya khabar angin! Tidak akan ada huru-hara yang akan berlaku di sini hujung minggu ini, kata polis.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan khabar angin yang telah tersebar mengenai kemungkinan berlakunya huru-hara apabila beberapa perhimpunan dirancang bagi menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan.

Panggilan itu dibuat berikutan penyingkiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalannya awal minggu ini.

Satu lagi khabar angin menyatakan bahawa cuti anggota polis telah dibekukan bagi membolehkan anggota polis digerakkan secara besar-besaran ke ibu negara.

Khalid pada Jumaat berkata perkara sedemikian tidak timbul tetapi menambah, 'kami bersedia untuk apa jua keadaan'.

Di PWTC, Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Menteri-Menteri Asean ke-48 yang bermula Sabtu. Malaysia adalah pengerusi Asean pada tahun ini.

Ini akan menyaksikan pelbagai aktiviti dan mesyuarat dirancang dan kawalan keselamatan ketat dilakukan sebaik sahaja pegawai kanan dan menteri-menteri luar Asean mula mengadakan pertemuan.

Sejak pemecatan Muhyiddin daripada timbalan perdana menteri, pelbagai mesej mengenai langkah berjaga-jaga bahawa kekacauan bakal berlaku telah disebarkan di kalangan masyarakat. Turut didakwa anggota polis telah dikerahkan untuk mengawal keselamatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata, polis tidak merancang mengadakan sekatan jalan raya di ibu negara dan mesej yang tersebar adalah tidak benar.

"Mesej itu palsu dan tiada kebenaran mengenai terhadap dakwaan itu.

"Kita tidak mengadakan sebarang langkah keselamatan tambahan. Seperti yang masyarakat ketahui hujung minggu ini sama seperti hujung minggu lain.

Bagaimanapun Tajuddin menambah, terdapat anggota polis akan bersiap sedia berkawal di ibu negara.

"Kami akan bersedia, tetapi tiada sebarang tanda-tanda kekacauan akan berlaku.

"Kami sentiasa bersedia untuk apa sahaja keadaan," jelasnya.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan